Pernah tengok filem hollywood? pernah tengok scene-scene pegawai FBI atau detective masuk pejabat atau datang ke lokasi kejadian jenayah? Berjalan dengan lagak macho dan merentasi garisan polis atau melepasi kawalan keselamatan dengan sekadar menunjukkan kad kuasa sambil berlalu pergi... Macam tu laa gua tiap-tiap pagi sebelum masuk tempat kerja, setiap kali melintasi meja pakguard/makguard dengan muka berlagak gaya baru dapat ejas Lisa Surihani. Gua angkat ID card sambil berjalan tanpa memandang sipi pun makguard yang garang tu, sikit pun gua tak heran... Ada jugak gua perasan dua tiga orang nurse praktikal pandang-pandang gua macam nak ajak breakfast skali tapi gua buat dek je, bukan apa... Lisa Surihani gua nak letak mana nanti?
Sunday, July 31, 2011
Sunday, May 8, 2011
Itu laa mak dah pesan...
Gua kelmarin buat kerja berfaedah pergi Kolumpo balik hari, gerak pukul 9malam, pukul 6pagi dah sampai rumah balik. gua memang suka buat pekerjaan macam tu, sampai rumah bukak pintu dah dapat kuliah suboh dari makcik abu (mak gua).. bukan apa, dia dah pesan suruh tidor je dekat mana-mana rumah sedara gua kat KL tu.
"apekejadohnye laa aok ni dengan tak tidonye merayap entoh kone, ngape tak tido je kat kolumpo tu esok baru balik." mak gua dah start membebel..
haha gua sebenarnye bukan nk cerita pasal ceramah mak gua, memang dah hari-hari gua kena ceramah dengan makcik abu, sofistikated orangnya makcik abu ni kalau bab-bab menceramah anak-anak, kena pulak anak yang suka buat fe'el macam gua ni...haha.. (tak baik ye kawan-kawan buat mak korang susah hati, kena pulak di hari ibu ni hehe)
Ape yang gua nk cerita ialah gua mengalami satu pengalaman aneh semasa gua tengah sedap ronda-ronda dalam Pusat Bandaraya Kuala Lumpur tu. korang tau laa kan KL kalau malam ni macam-macam aktiviti ada. gua suka tengok banggunan bercahaya, tengok orang, tengok perangai orang, tengok orang buang tebiat dan seribu satu macam aktiviti yang ada di KL tu.
Daripada Bukit Bintang ke Jln Pramlee, gua masuk Jln Pasar, lepas tu ke Dataran Merdeka dan akhir sekali ke Brickfield. tapi yang gua heran, lepas gua gerak dari Brickfield nk menghala semula ke Pusat Bandar, entah macam mana kereta gua boleh sesat. kalau setakat sesat belakang lorong ke, sesat jalan sehala ke takpe lagi. ini sampai sesat ke satu kawasan perkuburan cina. tempat dah laa dalam hutan, semak samun tepi jalan, mencarut betul rasenye..
Hati gua rasa tak berapa nak sedap, gua on radio lepas tu kucar-kacir cari frekuensi IKIM. bajet-bajet malam macam ni radio IKIM ada pasang orang mengaji la nak buat sedap hati gua. sekali pulas punya pulas IKIM entah ke mana, orang mengaji entah kemana pesen nak memainkan gua jugak radio ni rasanya. cilakak betol.. nak tak nak gua kena mengaji sendiri. dalam keadaan darurat macam ni, dengan sibuk nak cari jalan keluarnya ayat kursi gua baca dekat lapan kali khatam, tu belum masuk al-fatihah sama tiga kul. tapi makhraj dengan hukum tajwidnya tak payah cakap laa, berterabur gua rasa... habis segala simpang gua masuk, jalan macam tempat orang nak lempar mayat, sampah sarap penuh kat bahu jalan.
Dekat setengah jam jugak laa gua mundar mandir nak ke pangkal jalan, entah macam mana pusing punya pusing gua dah masuk satu kawasan perumahan laa lebih kurang, lepas tu depan sikit dah ada highway. Perghhh, gua punya girang lain macam sebab dah tak sesat... rasa nk tendang-tendang je radio kereta yang memainkan gua tadi biar padan muka dia... bila dah kembali ke pangkal jalan apelagi, gua pecut balik pahang terus laa..
Dalam perjalanan balik tu gua muhasabah diri, "tu laa taknak dengar cakap mak lagi"... cemas jugak laa gua merasa tidor tepi kubur cina malam tu haha... yang gua ingat, kubur cina tu dekat area Jalan Kerayong Aman sebab gua perasan papan tanda masa nak cari jalan keluar... Lu orang tau Jln Kerayong Aman dekat mana? Gua try google tak jumpa....Cilakak!!!

Tuesday, April 5, 2011
"Barang" dah sampai haha
Pagi tadi tengah sedap-sedap gua bilas kain dalam bilik air sambil berkemban, mak gua bertempik dari ruang tamu depan rumah panggil gua, katanya ada orang naik van datang cari gua. Gua hempas kain dalam baldi lepas tu ke dapur rumah gua capai apa yang patut. Tangan sebelah kanan pegang pisau potong daging tangan belah kiri pegang karipap. Debor jugak gua rasanya, setakat ni tak pernah lagi satu van serbu datang rumah gua, rasa macam dalam filem Young and Dangerous pun ada. Cilakak betul.
Gua jenguk celah pintu nampak van kaler putih park depan pintu pagar rumah. Debor gua makin kencang, dalam kepala tengah fikir strategi macam mana nak "makan" budak-budak dalam van tu, buatnya datang sepuluh orang puas jugak gua nak cedok sekor-sekor. Dengan hanya berkain tuala sebab baru lepas bilas kain dalam bilik air tadi gua pun keluar menampakkan diri.
"bang tolong sain dekat sini dan sini" kata drebar van putih tu selamba...
"Cilakak..budak courier Skynet rupanya, gua ingat samseng mana nak gegar gua pagi-pagi ni" carut gua dalam hati...
Muka gua jadi berubah ayu setelah melihat package yang ada pada tangan brader tersebut, hati berbunga bunga melur tanam tepi kolam gua cakap lu...
Nikon D90 yang gua order semalam dah sampai, jahanam duit gua dua riban...

Ilmu santet tuju alam
Semenjak kamera gua kena rembat itu hari, gua dah tak berapa in dengan scene fotografer lagi. Hati gua dah berat ke nak belajar ilmu hitam dan sains guna-guna sahaja ni. Lu orang tahu tak dekat mana nak menuntut ilmu tuju-tuju ni? gua nak kasi santet sikit mamat yang rembat barang gua dan pecah masuk rumah gua tu. Gua nak santet sampai dia tak pandai nak mengira, melukis, mengorat, berak, melakukan perkara-perkara asas harian dan menyambut hari raya bersama keluarga tersayang. Cilakak punya penyamun!!!
Tuesday, January 11, 2011
Anda pandu kereta atas jalan bukan dalam game Need For Speed!!!
Lu org hangin x kalo ade mamat/minah bawak kereta laju2 macam pelesit atas jalan raya? pesen kalo pedal minyak tu boleh tekan sampai cecah lantai jalan pun diorg nak tekan.. kereta kancil kecik cenonet dia nk henjut sampai 160km/j, sekali bersepah tepi jalan makan divider laa jawabnye... sape susah?
haa tapi yang gua nk cerita ni lain sket, gua jugak hangin dengan pemandu2 berhemah dan bersopan santun di jalan raya... haha salah ke mereka berhemah? tidakkkk, xsalah pun malah siap dipuji lagi oleh Menteri Kerja Raya... ingat lagi slogan "Biar Lambat Asal Selamat"? haa tapi yang menjadi kehanginan ua ni bila ada pemandu2 yang memandu pada kadar maksimum 30-40 km/j di jalan raya... orang dekat belakang ni dah laa nk cepat balik rumah, encik tahik dah nak terkincit, dia dekat depan boleh selambe berasmaradana dalam kereta... memang gaye gampang laa spiesis pemanduan mcm ni.. dah puas gua up high beam dia buat derkkk je, nak je gua tahan kereta tu lepas tu cabut kabereter dia dan hempas atas kepala hangguk dia bagi sedar sket org belakang ni dah xtahan nk terkincit...pesen xde kesedaran sivik betul... nak bercinta pergi ladang sawit laa weiiii...
Lagi satu, agak2 laa bai atas highway lu nk menten bawak kereta 60-70 km/j ... nak bawak pelan tu boleh tapi kena tengok keadaan jugak laa... kereta/lori/bus/kapal selam semua tengah sedap2 layan lap 100 km/j tiba2 nampak lu dekat depan tengah bersopan, karang silap aribulan lu makan divider gua cakap sama lu...
Lu nk bawak pelan2 boleh, time masuk taman perumahan orang memang lu wajib perlahan... jangan memain bai, xkan lu nak henjut 60 km/j jugak... sekali ada anak orang melintas ke, anak kucing ke, anak lipas ke xke dah melambung mereka2 itu ditibai kereta anda... jangan lu ingat lu dah pasang clipper BREMBO lu bleh brek mengejut berhenti terus, xde baiiii... silap haribulan cilpper BREMBO tu melekat atas dahi lu...
kesimpulannya berhati hati lah ketika memandu, pandu pakai kepala otak bukan pakai kepala lutut!!!
Tuesday, November 23, 2010
Lagu punya pasal, Mp3 player aku terajangkan...
Pagi2 tadi kami dikerahkan oleh boss untuk lepak online di kedai mamak, boss pesan suruh cari lagu yang dia minat nk aku download kan. masalahnya dia tak tau tajuk lagu tu, dia cuma sempat rakam part last lagu tu je, itu pun dia rakam time dengar hitz.fm mase tengah drive nak pergi kerja... macam2 bunyi keluar dalam rakaman tuh, dengan bunyi hon bagai, mencarut kejap aku... korang paham2 laa kalo lagu omputeh ni kan, slang dia memang lain macam sikit... puas aku nk identify lagu hape laa yang boss aku nk sangat tu... dekat jugak laa lapan belas kali aku replay rakaman yang dia bagi tu... habis aku keluarkan segala kemahiran KBKK mahupun kemahiran teknik2 mendengar aku, tapi memang haram tak paham sepatah pun lagu n lirik dia, tapi sound n muzik dia memang familiar jugak laa, itu yang aku jadi musykil tu... haha
Cari punya cari last2 jumpe jugak laaa, itu pun encik Budu yang jumpa... aku tak tau laa hape punya jampi dia pakai, mungkin dia ada bela saka gamaknya... yang jadi ke geramnya tu, lagu tu ade je dalam playlist mp3 aku... cilakak betol, dammm!!! aku terajang mp3 player aku sedas sebagai tanda geram... tapi lepas tu kucar kacir jugak laa aku cari balik takut hilang haha... macam mana laa boleh tak perasaan, bagero betol... nk tau lagu hape yang boss aku sangap sangat tu? haa ni lagi dia DINAMIT TERBABOMMM .... macam layan jugak dengar R&B ni kadang2... haha sekali sekala tukar selera yer tak?

Monday, November 22, 2010
Ngepunk!!!
Sekadar berkongsi link ni kepada komrad2 di luar sana... blog ni banyak share band2 rare dari seberang, tak rugi kalau chekidaut yoo!!!
Sunday, November 21, 2010
Kejadian Malam Minggu...
Lepak dekat mamak sambil online dan tengok bola memang seriyes best, dengan hanya bermodalkan rm2.50 gua boleh lepak sampai lebam mata panda... tp keadaan boleh jadi seriyes shit kalo gua lupa nk bawak extension plug... haha gua pesen kalo online kompem makan lime nam tahun punye lepak dekat mamak jadi kondisi bateri netbook kazen gua (gua rembat dia punya je) memang tak mengizinkan... spiesis netbook percuma dari kerajaan memang tak berapa nak senonoh, nak install google chrome pun tak lepas... bingai betol
Bertemankan encik Budu a.k.a Adib dan beberapa lagi komrad gua memulakan sesi perlepakan mamak gua dengan penuh dedikasi, mujur gua bukan seorang perokok jadi bajet perlepakan gua agak rendah berbanding komrad2 lain yang terpaksa membakar peparu mereka disulami asap2 nikotin dan tar dari rokok2 berperisa janin cacat atau kaki gangren serta mulut berkudis, eeuwww diorang tak hinsap ke tengok gambar2 mcm tu... Sesi perlepakan gua biasa dihiasi dengan tauhu bakar dan dibilas dengan air limau suam... perghh memang terangkat laa tauhu bakar dekat mamak Salam kajang ni... entah ape dia jampi pun gua tak tau...
Tapi malam tadi sesi perlepakan gua jadi kucar kacir bila team bola gua iaitu Arsenal kena tibai dengan jiran sebelah, Spuds... cilakak!!! reff tiup wisel penamat je gua terus tepuk meja kuat2... penyokong MU yang baru sampai mamak berhajat nak layan game MU terus patah balik rumah, takut kena ongbak dengan gua yang tengah panas hati ni... gua jeling fans Chelsea seblah gua yang tengah syok layan blog2 chelsea, terus laju je beliau close tabs dan bukak blog "OhBulan.Com" layan cerita Noh hujan menikah... gua kalo bab2 bola ni memang gua seriyes beb, lu jangan memain...
Ni sekarang dah dekat pukol ampat pagi gua terkebil2 lagi layan video "gua da bagi dia KLCC dowh"... macam aram, pesen pekena sup lidah tepi jalan tak ingat orang... bingai betol...

Friday, November 19, 2010
Lagi-lagi malam raye di KL
Lepak malam2 raye dekat dataran merdeka memang syok, kena pulak ada budak2 tolak troli jual jajan...dah macam lepak tengok wayang je dekat dataran tu sambil makan kuaci chacer...
Tengah bosan2 tu gua panggil sorang budak yang jual jajan tu nk pow die air tin barang sepam dua...
gua tanye budak tu... "ko jual2 jajan sampai tengah malam ni, esok tak semayang raye ke?"
selambe budak yang umor baru setahun jagung tu jawab... "saya tak semayang lagi bang"
astaghfirullahal'azim...
sapa laa mak pak budak ni, gua nak tolong tangan kan barang sedas dua bagi kebaikan anak2 sikit...

Wednesday, November 17, 2010
Berbelog Di Malam Raye...
gua selalu tengok dalam tibi asal tak dapat balik raye je nk sedih, nak nangis, nak emo2... sebagai seorang perantau hati kena kental, jiwa kena lasak, muka kena tebal... lagu dendang perantau gua tolak tepi, malam2 raye ni sedap jugak kalau layan Meling-Meling dendangan Anok Semantan, lebih harmoni dan segar serta berirama dum dum tak yang membuatkan kaki gua tak berhenti menggayakan ketukan double pedal Dave Lombardo...
Hajat gua nk bertakbir di surau berhampiran terpaksa gua lupakan memandangkan pukul 8.00 malam gua masih di Hospital Serdang, tempat gua berkhidmat kepada masyarakat setempat mahupun antarabangsa... sebelum balik rumah gua layan nasik kontrek/bujang sepam dulu bagi perut sedap2 lepak orang kata, sampai rumah gua mandi bagai siap2 nk henjut keluar pulak... ape barang malam raye duduk lepak dekat rumah, gua bukan ade bakar lemang atau bancuh kuih bahulu pun...
sebagai warga yang tak berape nk KL gua pun buat keputusan layan downtown Cheras sepam, pusing2 usyar awek denyut... Downtown Cheras memang terkenal dengan awek2 denyut dia, cerah mata gua tak payah pakai eyemo moist dah... haha lepas sambar jersi Arsenal sepam gua terus gerak pusing2 KL town tengok feel orang KL...
Perghh orang KL memang tak reti raye ke, deepavali ke, puase ke... memang meriah dua puloh empat jam... pukul 2 pagi gua tengok steady lagi diorang bersibai dekat dataran merdeka tengah ragut rumput...memang steady diorang ni... yang pakai kereta pakat tayang abis segala aksesori, yang pakai motor pakat lintang tengah jalan macam bapak diorang punya jalan... mungkin dulu bapak/atok diorang sama2 kerja dengan Kapitan Yap Ah Loy masa KL bru nk menjadi kot...
Ahh gua rase dah lewat ni, esok nak henjut kutip duit raye dekat misi2 dengan dokter dekat hospital pulak... haha esok raye weh!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)