Thursday, December 15, 2011

Surirumah dan Politik Semasa

Hari ni semangat surirumah gua membuak buak nak buat kerja rumah, dia punya feel lain macam, macam dapat ngorat Lisa Surihani. Pagi-pagi lagi gua dah basuh dan bilas kain, untuk menaikkan lagi feel membasuh kain tu gua buat kerja sambil sumbat mp3 dekat telinga, baru laa selari dan konsisten kerja yang gua buat tu orang kabo. Siap sidai kain bagai gua sambung pulak memasak dekat dapur, hari ni gua hentam menu kobis masak lemak sama ikan selar kuning goreng garing... Perghh ikan selar kuning goreng garing ni memang feveret gua laa, orang lain tak suka gua peduli hape kan. Dari kerja di dapur gua bawak ke kerja dalam bilik, ruang tamu rumah, sampai laa ke depan rumah habis gua sapu. Kalah bibik dari Indonesia gua punya kerja hari ni.

Usai semua kerja-kerja rumah gua, baru laa sampai masa gua nak melantak nasi pulak. Bila buat kerja kencang-kencang ni lapor dia lain macam jadinya, macam ada bela saka orang kabo. Tapi disebabkan gua ni bukan pesen kuat makan, jadi gua makan ala kadar sahaja, cukup laa dua pinggan nasi dengan enam ekor ikan goreng tadi diselang selikan dengan kobis masak lemak.. Perghhh sedap juga air tangan gua ni rupanya, dah boleh buat menantu orang kabo keh keh keh...

Jadi lepas makan kena laa basuh pinggan kan kalau tak nak kena pelangkung dengan Makcik Abu, karang bernanah pulak telinga gua kena bebel haha.. Tengah syok gua sental pinggan tu, datang laa dua ekor anak beranak kucing lalu belakang rumah gua. Macam biasa laa dia orang, paham-paham pulak gua dah habis makan. Untuk pengetahuan semua, belakang rumah gua memang banyak kucing-kucing jalan yang gua gelar sebagai Back Street Cat . Tapi kelibat dua ekor ni jarang gua tengok di kawasan-kawasan berhampiran. Semnejak dua menjak ni penampilan Farouk selaku abang kawasan lorong belakang rumah gua dah jarang gua nampak. Entah ke hidup entah ke mati dah Farouk tu, biasa laa kaki gaduh dan kaki rebut kawasan memang macam tu.

Untuk pengetahuan semua juga, kucing-kucing belakang rumah gua ni mempunyai satu sistem kepimpinan yang tersendiri yang gua gelar sebagai sistem Kepimpinan Melalui Sempadan. Sistem kepimpinan ini adalah sangat kontradiktif dengan Sistem Kepimpinan Melalui Teladan yang diperkenalkan di negara kita pada tahun 1983. Melalui sistem ini, kucing yang berkuasa akan menguasai sempadan-sempadan yang tertentu yang ditanda melalui rembesan air kencing beliau di tempat-tempat tumpuan utama perlepakan kucing-kucing. Patut laa sebelum ini gua tengok Farouk kencing merata, nak tanda kawasan rupanya. Kucing-kucing ini akan dipimpin oleh abang kawasan a.k.a Kekanda yang pada kebiasaannya mempunyai sifat autokratik dan menindas (macam Farouk laa)..

Berbalik kepada kucing belakang rumah gua tadi, bila dah datang memeow meow dekat tepi tingkap rumah gua tu, gua pun buka laa tudung saji tengok kot-kot ada lauk leftover semalam kan. Nak bagi ikan yang baru goreng tadi banyak pula cikadak dia. Jadi, dapat laa dua ketul kepala ikan selar seekor.

Cehh apa yang gua cerita ni, dari hal surirumah bawa ke pentadbiran politik kucing. Sebelum gua merapu lebih panjang baik gua berhenti dulu di sini, sambung main besi lagi syok rasanya.



Masing-masing dapat makan leftover, mereka patut bersyukur...





tak payah buat muka kesian nak mintak whiskis dengan gua laa





kepala ikan yang menjadi santapan beliau