Sunday, August 7, 2011

Diari Ramadhan 1

Ramai yang bersungut dan bersesungut bila banyak kerja kena buat di bulan puasa. kalau boleh mereka nak rehat sahaja di rumah sambil layan cerita hindustan Kuch Kuch Hotak Mu, yelah dah puasa kan... badan mesti penat kerana kekurangan tenaga dan bendalir dalam badan, itu belum cerita kekurang sabaran dek kerana kelapar perutan lagi.

Tapi gua bulan-bulan puasa ni lagi syok buat kerja sebenarnya. Gua perhatikan gua punya konsentrasi kerja serta produktiviti gua semakin meningkat pada bulan puasa ni. Duit pun boleh jimat, yelah gua berbuka puasa pun bajet keluar rm3 je. Murtabak sama roti john memang takde dalam menu berbuka gua bulan-bulan puasa ni, kalau ade orang bagi gua tibai je haha... Gua boleh kerja dari pagi bawak ke petang tanpa rasa sebarang penat, haus, lapar mahupun rasa nak mengawan. Dah laa banyak department yang gua kena cover, medical store, forensic, emergency...bahagian clinical lagi macam pediatric, ortho surgery, cardiology... perghh Hospital Serdang tu nasib laa sampai 6 tingkat je.



Ni laa selera gua bulan puasa ni... adat laa orang bujang, makan pun nasik bujang.. Alhamdulillah

Kesah Kasim Dan Bulan Puase

Kasim seorang muslim yang sehat tubuh badan dan waras akal fikiran serta sudah mencapai akil baligh orangnya, jadi apabila tiba sahaja bulan ramadhan wajib bagi seorang muslim seperti Kasim untuk berpuasa selama sebulan di bulan ramadhan yakni menahan dari lapar dan dahaga serta tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. 

Mahu tidak mahu Kasim wajib berpuasa pada bulan ramadhan bagi menunaikan rukun Islam yang ketiga tersebut. Bak kata ustaz Kasim semasa beliau di sekolah dahulu "tidak lengkap hidup seseorang muslim/muslimah itu jika dia tidak menunaikan rukun Islam yang wajib keatasnya". Maka berpuasalah Kasim pada 1 ramadhan 1432 Hijrah. Kasim bangun awal pada pagi 1 ramadhan tersebut untuk bersahur supaya dapat beliau menempuh hari keesokannya dengan penuh bertenaga, bak kata ustaz Kasim lagi adalah afdal untuk melewat lewatkan waktu sahur tersebut. Maka menurut pemahaman Kasim sendiri, selagi bilal tidak melaungkan azan maka selagi itu beliau boleh makan mengisi kekosongan perutnya untuk bekal di siang hari. Nasib sahaja bilal tidak ada berdekatan denganya kerana jika tidak, nescaya disuruhnya bilal itu menunggu beliau menghabiskan dulu hidangannya baru dibenarkan bilal azan. Punya lah takut Kasim akan ter"miss" waktu sahur tersebut.

Dan pada siang hari nya jadilah Kasim seperti manusia-manusia dan makhluk tuhan yang lain yakni menjalani kehidupan sebagai seorang manusia normal. Namun tatkala petang menjelang tiba, hati Kasim gusar, gundah gulana, bukan kerana apa tapi kerana waktu membeli lauk, juadah, dan hidangan untuk berbuka puasa di baazar ramadhan telah tiba. waktu inilah saat-saat yang sangat ditunggu oleh Kasim kerana selaku seorang bujang yang tinggal berjauhan dengan keluarga dan selalu ponteng kelas memasak dalam subjek Ekonomi Rumahtangga beliau terpaksa mengharap kepada gerai-gerai di baazar untuk mendapatkan bekalan berbuka puasa nanti.

Dari satu gerai ke satu gerai, dari hujung sini hingga ke hujung sebelah sana habis dijengah oleh Kasim, serba tak kena jadinya melihat bermacam-macam juadah yang dijual membuatkan Kasim rambang mata. Kalau diikutkan hati hendak saja dia borong semuanya, apa tidaknya setelah seharian menahan lapar dan dahaga jadi inilah masanya memenuhkan kembali perut yang kosong. Nafsu serakah Kasim tiada tertahan lagi melihat bermacam juadah yang terjual, mahu sahaja beliau telan semuanya sekali dengan penjual-penjual juadah tersebut, nafsu Kasim bukan sebarangan. Lalu dibelinya 3 ketul karipap sardin saiz mega, 2 ketul tauhu sumbat yang disumbar berbagai jenis sayur, seekor ikan kembung bakar, murtabak special Haji Seman 2 keping, nasi kukus ayam dara Wan Sentet dan air laichikang sebungkus. Maka berjabir jabir lah juadah yang Kasim beli untuk beliau berbuka nanti. Bak kata Kasim sendiri "puasa setahun sekali, masa inilah nak merasa bermacam jenis makanan yang dijual di baazar sampai puas"...

Fajar pun berlalu pergi menandakan masuknya waktu maghrib bagi kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya serta tibalah waktu untuk berbuka bagi umat Islam yang berpuasa. Segala juadah yang dibeli Kasim tadi terhidang di atas meja, membebel jugak beliau di dalam hati tatkala bilal terlewat sedikit melaungkan azan. Huuuu masa ni jangan dibuat main, silap haribulan bilal pun boleh di"ongbak"nya kerana tidak sabar lagi menahan lapar dan dahaga... astagfirullahhh... terdengar sahaja suara bilal di hujung corong pembesar maka tanpa memikir panjang, entah sempat bismillah ke tidak terus dicapainya segelas air laichikang yang dibelinya tadi... segelas, dua gelas, tiga gelas... baru Kasim puas, terpancar sinar kepuasan di muka Kasim. Tetapi itu belum cukup untuk memuaskan nafsu serakah Kasim yang serupa selera naga tasek chini tersebut. Dilahapnya pula nasik kukus ayam dara yang dibeli daripada Wan Sentet di baazar tadi, melompat-lompat ayam dara tersebut ditibai Kasim. Belum habis nasi kukus ayam dara, diratahnya pula murtabak special sekeping. Matanya masih melilau memandang hidangan di atas meja, karipap sardin dan tauhu sumbat disentap tanpa sebarang belas kasihan, dibilas pula sekali lagi dengan dua gelas air lachikang. Sudahnya Kasim terlentang kekenyang seperti ular sawa...

Jadi, apa kesudahan puasa encik Kasim ni? haha.. sandiwara di atas sengaja gua reka untuk menggambarkan keadaan ataupun kondisi umat Islam di Malaysia menyambut bulan ramadhan. Gua bukan apa, pelik tengok selera orang sekarang ni. Ala kadar sikit lah semasa berbuka tu, ini macam nak terbalik meja dengan segala macam juadah dan hidangan berbuka. Ingat sikit, segala macam penyakit datangnya dari perut. Masa puasa ni lah kita nak bagi rehat perut yang dah setahun asyik melakukan kerja pemprosesan "Peristalsis"... ingat tak penat ke, kalau boleh bercakap laa usus tu dah lama mencarut beliau dengan tuan punya badan. Gua berpesan kepada diri gua sendiri dan kawan-kawan semoga jagalah puasa masing-masing semoga diberkati Ilahi ye... Sekian Wassalam...



Kasim dengan kawan dia