Showing posts with label wan aok. Show all posts
Showing posts with label wan aok. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

Kesah Kasim Dan Bulan Puase

Kasim seorang muslim yang sehat tubuh badan dan waras akal fikiran serta sudah mencapai akil baligh orangnya, jadi apabila tiba sahaja bulan ramadhan wajib bagi seorang muslim seperti Kasim untuk berpuasa selama sebulan di bulan ramadhan yakni menahan dari lapar dan dahaga serta tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. 

Mahu tidak mahu Kasim wajib berpuasa pada bulan ramadhan bagi menunaikan rukun Islam yang ketiga tersebut. Bak kata ustaz Kasim semasa beliau di sekolah dahulu "tidak lengkap hidup seseorang muslim/muslimah itu jika dia tidak menunaikan rukun Islam yang wajib keatasnya". Maka berpuasalah Kasim pada 1 ramadhan 1432 Hijrah. Kasim bangun awal pada pagi 1 ramadhan tersebut untuk bersahur supaya dapat beliau menempuh hari keesokannya dengan penuh bertenaga, bak kata ustaz Kasim lagi adalah afdal untuk melewat lewatkan waktu sahur tersebut. Maka menurut pemahaman Kasim sendiri, selagi bilal tidak melaungkan azan maka selagi itu beliau boleh makan mengisi kekosongan perutnya untuk bekal di siang hari. Nasib sahaja bilal tidak ada berdekatan denganya kerana jika tidak, nescaya disuruhnya bilal itu menunggu beliau menghabiskan dulu hidangannya baru dibenarkan bilal azan. Punya lah takut Kasim akan ter"miss" waktu sahur tersebut.

Dan pada siang hari nya jadilah Kasim seperti manusia-manusia dan makhluk tuhan yang lain yakni menjalani kehidupan sebagai seorang manusia normal. Namun tatkala petang menjelang tiba, hati Kasim gusar, gundah gulana, bukan kerana apa tapi kerana waktu membeli lauk, juadah, dan hidangan untuk berbuka puasa di baazar ramadhan telah tiba. waktu inilah saat-saat yang sangat ditunggu oleh Kasim kerana selaku seorang bujang yang tinggal berjauhan dengan keluarga dan selalu ponteng kelas memasak dalam subjek Ekonomi Rumahtangga beliau terpaksa mengharap kepada gerai-gerai di baazar untuk mendapatkan bekalan berbuka puasa nanti.

Dari satu gerai ke satu gerai, dari hujung sini hingga ke hujung sebelah sana habis dijengah oleh Kasim, serba tak kena jadinya melihat bermacam-macam juadah yang dijual membuatkan Kasim rambang mata. Kalau diikutkan hati hendak saja dia borong semuanya, apa tidaknya setelah seharian menahan lapar dan dahaga jadi inilah masanya memenuhkan kembali perut yang kosong. Nafsu serakah Kasim tiada tertahan lagi melihat bermacam juadah yang terjual, mahu sahaja beliau telan semuanya sekali dengan penjual-penjual juadah tersebut, nafsu Kasim bukan sebarangan. Lalu dibelinya 3 ketul karipap sardin saiz mega, 2 ketul tauhu sumbat yang disumbar berbagai jenis sayur, seekor ikan kembung bakar, murtabak special Haji Seman 2 keping, nasi kukus ayam dara Wan Sentet dan air laichikang sebungkus. Maka berjabir jabir lah juadah yang Kasim beli untuk beliau berbuka nanti. Bak kata Kasim sendiri "puasa setahun sekali, masa inilah nak merasa bermacam jenis makanan yang dijual di baazar sampai puas"...

Fajar pun berlalu pergi menandakan masuknya waktu maghrib bagi kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya serta tibalah waktu untuk berbuka bagi umat Islam yang berpuasa. Segala juadah yang dibeli Kasim tadi terhidang di atas meja, membebel jugak beliau di dalam hati tatkala bilal terlewat sedikit melaungkan azan. Huuuu masa ni jangan dibuat main, silap haribulan bilal pun boleh di"ongbak"nya kerana tidak sabar lagi menahan lapar dan dahaga... astagfirullahhh... terdengar sahaja suara bilal di hujung corong pembesar maka tanpa memikir panjang, entah sempat bismillah ke tidak terus dicapainya segelas air laichikang yang dibelinya tadi... segelas, dua gelas, tiga gelas... baru Kasim puas, terpancar sinar kepuasan di muka Kasim. Tetapi itu belum cukup untuk memuaskan nafsu serakah Kasim yang serupa selera naga tasek chini tersebut. Dilahapnya pula nasik kukus ayam dara yang dibeli daripada Wan Sentet di baazar tadi, melompat-lompat ayam dara tersebut ditibai Kasim. Belum habis nasi kukus ayam dara, diratahnya pula murtabak special sekeping. Matanya masih melilau memandang hidangan di atas meja, karipap sardin dan tauhu sumbat disentap tanpa sebarang belas kasihan, dibilas pula sekali lagi dengan dua gelas air lachikang. Sudahnya Kasim terlentang kekenyang seperti ular sawa...

Jadi, apa kesudahan puasa encik Kasim ni? haha.. sandiwara di atas sengaja gua reka untuk menggambarkan keadaan ataupun kondisi umat Islam di Malaysia menyambut bulan ramadhan. Gua bukan apa, pelik tengok selera orang sekarang ni. Ala kadar sikit lah semasa berbuka tu, ini macam nak terbalik meja dengan segala macam juadah dan hidangan berbuka. Ingat sikit, segala macam penyakit datangnya dari perut. Masa puasa ni lah kita nak bagi rehat perut yang dah setahun asyik melakukan kerja pemprosesan "Peristalsis"... ingat tak penat ke, kalau boleh bercakap laa usus tu dah lama mencarut beliau dengan tuan punya badan. Gua berpesan kepada diri gua sendiri dan kawan-kawan semoga jagalah puasa masing-masing semoga diberkati Ilahi ye... Sekian Wassalam...



Kasim dengan kawan dia

Wednesday, November 17, 2010

Berbelog Di Malam Raye...

gua selalu tengok dalam tibi asal tak dapat balik raye je nk sedih, nak nangis, nak emo2... sebagai seorang perantau hati kena kental, jiwa kena lasak, muka kena tebal... lagu dendang perantau gua tolak tepi, malam2 raye ni sedap jugak kalau layan Meling-Meling dendangan Anok Semantan, lebih harmoni dan segar serta berirama dum dum tak yang membuatkan kaki gua tak berhenti menggayakan ketukan double pedal Dave Lombardo...

Hajat gua nk bertakbir di surau berhampiran terpaksa gua lupakan memandangkan pukul 8.00 malam gua masih di Hospital Serdang, tempat gua berkhidmat kepada masyarakat setempat mahupun antarabangsa... sebelum balik rumah gua layan nasik kontrek/bujang sepam dulu bagi perut sedap2 lepak orang kata, sampai rumah gua mandi bagai siap2 nk henjut keluar pulak... ape barang malam raye duduk lepak dekat rumah, gua bukan ade bakar lemang atau bancuh kuih bahulu pun...

sebagai warga yang tak berape nk KL gua pun buat keputusan layan downtown Cheras sepam, pusing2 usyar awek denyut... Downtown Cheras memang terkenal dengan awek2 denyut dia, cerah mata gua tak payah pakai eyemo moist dah... haha lepas sambar jersi Arsenal sepam gua terus gerak pusing2 KL town tengok feel orang KL...

Perghh orang KL memang tak reti raye ke, deepavali ke, puase ke... memang meriah dua puloh empat jam... pukul 2 pagi gua tengok steady lagi diorang bersibai dekat dataran merdeka tengah ragut rumput...memang steady diorang ni... yang pakai kereta pakat tayang abis segala aksesori, yang pakai motor pakat lintang tengah jalan macam bapak diorang punya jalan... mungkin dulu bapak/atok diorang sama2 kerja dengan Kapitan Yap Ah Loy masa KL bru nk menjadi kot...

Ahh gua rase dah lewat ni, esok nak henjut kutip duit raye dekat misi2 dengan dokter dekat hospital pulak... haha esok raye weh!!!