Penat drive dari Kolumpo tak abis lagi, dengan mengadap jem nye lagi, dah baru tadi koi kena menunjal motor a.k.a tenuk tunggangan koi tu pulok. Kesohnye bermula bilamana koi tertinggal semartphone berteknologi tinggi koi dalam kereta yang dipandu seorang jejaka batu papan iaitu saudara Mohamad Hasif atau lebih dikenali sebagai Mat Chon dikalangan pemuda kampung. Mujur dia tak jauh sangat lagi dari rumoh koi, tapi nak suruh die patoh balik datang kumoh koi memang kirim salam laa, pesen ngelepor nak balik kumoh sangat da ter. Jadi koi pun berjanji laa dengan beliau dan menetapkan suatu tempat sebagai titik perjumpaan untuk kami berjumpa dan melunaskan hasrat koi untuk mendapatkan kembali semartphone yang jauh di mata dekat di hati tu. Jadi koi pun setart laa motor Yamaha Lagenda 110 yang diberi gelaran Tenuk untuk pergi ke tempat berkenaan.
Tanpa menoleh sedikit pun ke arah meter motor, koi pun menunggang dengan penuh konfidensi agar segera sampai ke Trafic Light simpang empat Industri Mentakab seperti yang dijanjikan. Tak sampai lime minit waktu tempatan koi pun tiba di tempat kejadian. Setelah koi cedok penumbuk sedas paras perut dekat Mat Chon sebagai tanda terima kasih dan kerana malas nak patoh balik kerumoh koi, beliau pun berlalu pergi pulang ke kampung halaman.
Dengan hati girang ibarat kera mendapat bunga koi pun menyambung kembali perjalanan pulang ke rumahku syorgaku. Tapi malang memang tidak berbau tungkik, dalam perjalanan yang penuh harapan tersebut Tenuk koi mula buat perangai. Beliau mula semput-semput macam terkena serangan angin kus kus, lagi koi pulas minyok lagi semput tersenguk senguk. Terus sahaja koi toleh ke jarum minyak di paparan meter motor, soheh tenuk koi minyaknya sudah kehabisanulazi. Innalillahhhiwainna ilaihirooojiunnn ucap koi dalam hati mengenangkan musibah yang menimpa. Mahu sahaja koi menampar diri ini kerna terlalu cuai dan alpa dengan segala godaan duniawi sehinggi terlupa akan memberi nafakohh zahir kepade tenuk kesayangan koi ini yang berupa minyak petroleum RON95 yang baru sahaja harganya diturunkan oleh 'KERA'jaan tersayang dibawah pimpinan BN. Satuuuuuuu Malaysiaaaa!!!
Kejadian tersebut berlaku sebaik sahaja koi melewati kawasan Kolej Komuniti Temerloh, Pahang. Dengan keadaan jalan yang agak gelap dan berpuake, koi menunjal laa tenuk koi tu kehadapan sedikit sehingga ke kawasan taman perumahan baharu yang belum diduduki oleh manusia. Suasana aman damai malam itu bertukar menjadi hening bilamana haiwan-haiwan dikawasan berkenaan terlihat saekor kingkong sedang menunjal tenuk tunggangannya. Anjing yang tadi baru sahaja bersiap nak merembeskan urin di tiang api tepi jalan berkenaan terpaksa membatalkan hasrat beliau kerna takut dengan aura kingkong tersebut. Lipas-lipas semua berterbangan pulang ke tong sampah, nyamuk-nyamuk malaria tapioka kembali ke lopak-lopak air takungan dan menyamar menjadi jejentik agar tidak dikenali oleh kingkong berkenaan. Begitulah tegangnya suasana ketika itu. Hatta saekor itik pun tidak berani melepaskan kentot kerana risau akan di"karate lapan oleh kingkong berkenaan.
Koi pun berhenti laa berehat sebentar setelah membakar hampir 1200 kalori dalam proses menunjal tenuk koi tadi. Simpang ke taman perumahan tu memang gelap dan terletak betul-betul di selekoh diantara taman tasik chatin dan Kolej Komuniti. Setelah menongkat tenuk berkenaan koi pun terus mencapai semartphone xiaomi mi3 yang dijana unit pemprosesan Qualcom Snapdragon Quad-core 2.3ghz Krait 400 untuk menghubungi adik koi yang berada di rumah supaya datang membantu. Tak sempat koi tekan dial dia dah angkat talipon di rumah, punya laa dasyatttt teknologi semartphone koi ni. Jadi koi pun buat keputusan untuk menunggu kedatangan adik koi yang menjanjikan sebotoi minyok petrol dari petronas berhampiran.
Sepanjang koi membuat perlepakan di tepi jalan tu, koi perhati kebanyakan kenderaan yang lalu lalang di situ dipandu dengan laju dan merbahaya. Cara pemanduan yang mereka tonjolkan ibarat mereka diserang cibit ribit (diarrhea) tahap kunyit cair dan terdesak untuk pulang ke rumah sebelum empangan kunyit terbuka dan terkincit. Namun begitu, dalam ramai-ramai manusia yang berlalu pantas itu, ade saorang pemuda yang memandu Honda EX5 melalui kawasan berkenaan dengan agak laju. Koi sekadar memerhati sahaja beliau yang tengah laju tu. Tiba-tiba sampai sahaja di hujung selekoh, pemuda berkenaan secara drastik menekan pedal brek motor EX5 beliau dengan bertubi-tubi sambil memancing clutch pada pedal gear dan memulas throttle minyak yang mengakibatkan motor beliau ter"KL Drift" di atas bahu jalan yang berpasir.
Beliau kelihatan berpatah balik ke arah koi yang sedang steady melakukan perlepakan di dalam gelap tanpa ada sebarang rase seram dan risau diganggu puake seraya bertanya:
"Apekeheinye deme melangut tepi lebuh ni weh" kata pemuda berkenaan dengan kehairanan dan penuh sifat inkuiri yang tinggi.
Koi pun kabo laa bahawasanya tenuk tunggangan koi ni dahagakan kasih sayang dan belaian minyok petrol. Beliau terus sahaja dengan bersungguh menawarkan diri untuk membantu menunda koi ke stesen minyok berhampiran yakni stesen minyok Petron di Mentekak City of the Bird Shit. Koi senyum seraya menolak pelawaan pemuda berkenaan sambil menyatakan yang adik koi akan sampai sebentar lagi dengan lori tanker petronas lapan belas tayor dan dilengkapi sistem brek angin serta penghawa dingin berteknologi kontemporari. Maka setelah itu beliau pun berlalu pergi dengan pantasnya ibarat VALENTINOROSSI di garisan penamat MotoGp tanpa sempat koi mengucapkan terima kasih di atas pelawaan beliau itu tadi. Akan tetapi sempat jualah koi menancapkan penglihatan koi pada nombor pendaftaran EX5 beliau. Tersenyum koi saorang diri di situ mengenangkan usaha murni pemuda berkenaan yang sanggup brek mengejut dan berpatah balik untuk membantu koi.
Dari pengamatan koi yang dah lebih suku abad hidup ni, pemuda berkenaan adalah saorang mat motor karena dari gaya penunggangan dan aksesori pada motor (riben di no plate) beliau (maaf jika koi tersilap teka). Atau masyarakat setempat lebih gemar menggelarkan mereka ini sebagai "MAT REMPIT". Ramai yang mencemuh mereka, tidak kurang juga yang menghina kerana gelagat mereka di jalanraya. Tapi tak semuanya buruk bagi koi, memang koi tidak bersetuju dengan adegan-adegan mereka di jalanraya yang membahayakan orang lain. Namun begitu, ade jugak yang berhati mulia seperti pemuda yang koi jumpa sebentar tadi. Orang lain takde pun memberhentikan kenderaan mereka untuk bertanya ataupun membantu koi yang duduk dalam gelap tadi (walaupun koi tidak mengharapkan bantuan pada ketika itu), tetapi beliau bersungguh-sungguh berpatah balik untuk datang bertanya dan menghulurkan bantuan. Walaupun tindakan tu nampak biasa dan kecil je bagi sesetengah orang, tapi pade koi itu satu usaha yang sangat mulia. Koi saspek betul dengan brader tersebut, semoga Allah merahmati dan memurahkan rezeki aok insyaAllah.
Sejurus selepas itu, adik koi pun sampai dengan sebotoi minyok dan koi pun berhuhu dengan riang menunggang tenuk pulang ke bukit bendera nan indah permai walaupun malam ni ade sikit panas cuace.
Habisssss.... Haaa lupe nak kabo, brader tu bawok motor EX5 plate MAM 3258 kalau tak silap. Sape-sape kenal kirim salam laa ke dia =)
No comments:
Post a Comment