Thursday, October 4, 2012

Tak tahu nak cerita ape

Dahulu semasa aku masih belajar di UiTM Puncak Perdana, boleh dikatakan setiap minggu aku henjut motor aku balik Mentakab sebab bosan takde apa aktiviti yang boleh dilakukan, dengan kondisi kampus Puncak Perdana itu sendiri yang terletak ceruk nun di pedalaman area U10 Shah Alam dan kurangnya tempat untuk beriadah (hanya ada satu padang street soccer dan dua padang badminton), aku jadi pana tak tahu nak buat apa. Hari-hari mengadap komputer bosan juga, nak ajak makwe berdating takde makwe pulak, jadi kesudahannya aku balik rumah sahaja, boleh juga lepak mengeteh dengan rodong-rodong (kawan) sambil layan bola sepak liga perdana Inggeris. 

Kebiasaannya aku akan bergerak balik ke Mentakab pada hari jumaat malam setelah selesai semua kelas, kuliah dan segala macam tugasan yang diberikan oleh pensyarah (kononnya haha). Aku memilih untuk menunggang motor pada waktu malam kerana keadaan cuaca yang dingin dan jalan tidak berapa nak sesak, jadi senang tugas aku untuk memecut di jalan raya haha. 

Jadi ada masanya dalam perjalanan pulang ke Mentakab tu aku terpaksa meredah segala macam jenis cuaca sub tropika, dan yang paling kerap adalah hujan lebat. Haaa ini bukan sedikit punya hujan ni, sampai nak terbang motor aku dibuatnya, siap dengan angin kencang lagi. Dah macam kapal lanun semasa musim tengkujuh, cuma tiada aksi menarik layar saja. Perjalanan dua jam ke Mentakab aku rasakan sekejap saja sebab telinga bersumbat dengan Mp3. Setakat baju basah lejut, sampai rumah pukul dua tiga pagi masa meredah angin sejuk memang takde hal laa, balik rumah mandi-mandi bammm terus terpukang atas tilam. Esok bangun steady boleh pergi jogging lagi dekat Tasik Chatin seround dua.

Tapi, malam kelmarin dah tak macam malam empat tahun lepas, aku balik ke Kajang gerak pukul dua belas tengah malam dari Mentakab. Dalam perjalanan hujan lebat sekejap dari Lanchang sampai ke Karak, sampai Kajang terus mandi and bammm tidur. Esok bangun badan rasa macam kena pijak dengan gajah, hidung leaking kepala pening... Adehhh, badan dah tak power macam dulu dahhhh...