Friday, October 24, 2014

Yaya dan "tatakk"

Asyik merepek dalam facebook je, sekali sekala koi rase nak merepek pulak dalam blog ni. Lama betul dah tak merepek dan merapu kat sini.

Koi selalu balik ke kampung, sebab kampung koi dekat je nu di area Mengkarak Bera Pahang nan indah permai. Kalau takde hal boleh kate seminggu sekali koi balik nengok tok koi yang duduk mondok dekat pondok Kampung Bukit Keledang. Bukan mende, selepas arwoh akinye meninggal tok koi duduk sorang je kat kampung tu, jadi kena laa jenguk selalu, nengok sehat ke tidok. Tok koi pulok ande bukak kedai runcit kecil-kecilan berniaga barang-barang runcit dan barang keperluan harian khususnya untuk budak-budak yang belajar dekat pondok dan penduduk sekitarnya. Jadi kalau koi balik kampung, koi tolong laa tengok sket kedai tok koi tu, kadang-kadang bawok tok koi gi beli barang kedai dekat kerayong nu. Memang podot abih dalam kerete barang berkenaan, dengan bawangnye, cekedis, telor, beras, sabun, budu, minyok petrol abis seme belake sumbat dalam kete.

Tok koi pulok mempunyai cucu-cucu yang berderet macam lipas. Dan koi laa kepale alangnye sebab koi yang paling tue, kebanyakan yang lain seme baye kanak-kanak rebina lagi, ade laa tige empat orang yang dah abis skolohnye. Kazen-kazen koi hak kenit ni memang pantang kalau balik kampung, ketor kepale nak masuk kedai tok koi laa ape lagi, mende orang tue tu gemor amat belanje cucu die, ambik laa mende nok dalam kedai tu. Macam masuk pasaraye dah gayenye, ade cekedis, cekelat, asam masin, aiskerim, air kotok... huuu meriohh kabo ke aok. Sape tak suke yer dok.

Jadi satu hari ni koi jage laa kedai tok koi tu, kena pulok hari tu tak ramai sangat yang datang beli. Jadi koi duduk dalam rumoh je laa, nak duduk dalam kedai macam bosan sangat pulok sebab xde ape nak dibalekan. Kazen-kazen koi ni pulok koi suruh main kat laman sambil tengokkkan kedai kot kalau ade orang datang koi suruh laa deme panggil koi kat dalam.

Dalam pade koi tengoh sedap layan kartun Cat Dog dekat tibi semilan, tibe-tibe kazen koi hak kenit name yaya berlari masuk dalam rumoh sambil manggil ke koi.

"Abang awish abang awishh, ade tatak datang" kabo dak yaya dengan slang pelat die yang bermaksud kakak pade hemat koi.

Koi pun bangkit deras menuju ke kedai yang terletak di depan rumoh tok koi. Terpacak laa due orang makwe pondok berpurdah yang koi tak kenali datang nak beli barang dekat kedei tok koi. Langsung tak bercakap makwe berkenaan, siap koi bungkus barang dalam jabir terus deme tersipu-sipu balik. Ndok jugek ajok berborok keknye nengok lain macam je, karang baru koi "hai" sepatoh terus dikaratenye tengkok koi tak ke naye dibuatnye. Makwe berkenaan pun koi nengok dari jauh dah gaye ninja dengan purdah hitamnye. Bak kate orang melayu, air yang tenang jangan disangke tiade boyer.

Koi pun kembali ke depan talibesen menonton gelagat Cat Dog yang separa spastik dan bangang tersebut. Tak sampai lime minit kemudian sekali lagi yaya berlari masuk memanggil koi.

"Abang Awish abanng awishhh...ade tatakk, ade tatakkk" jerit yaya lagi. Kali ni macam agak serius.

Koi membayangkan kakak berkenaan bawak lebih ramai member-member die menyerbu kedai tok koi. Koi pun bingkas bangun dan sikat rambut sikit bagi nampok lebih hensem dan cute, kot-kot die mboh hai ke koi kang haha.

Sampai je depan pintu rumoh koi nengok haram mensekor ade kat depan. Takde lalu kakok-kakok ninja menunggu di depan kedai macam tadi. Koi pun tercegat kehairanan, adekah makwe berkenan menghalimunankan diri beliau atau saje nak ajok koi main nyuruk-nyuruk. Koi pun tanye balik ke yaya mane kakaknye?

Lepas tu steady die duduk mencangkung kat tepi koi pastu menghulurkan jari telunjuknya ke arah sesuatu.

"Tu tatakk" sambil jari yaya lurus menunjuk ke saekor katok yang sebesor separuh penumbuk koi.

Sedang molek koi toleh ke bawoh, nengok ape yang yaya tunjuk tu, katok tersebut melompat ke arah kaki koi yang gebu dan berbulu ni. Pada saat dan ketika itu jualah hormon adrenalin koi memancut dari kelenjarnya. Terpancut bagaikan muntahan lava gunung berapi kabo ke aok. Momentum dari pancutan adrenalin berkenaan membuatkan koi melompat setinggi hampir semeter sebelum memulakan pecutan langkah seribu ke dalam rumoh. hahaha, hampir termencarut koi melihat katok berkenaan melompat.

Rupe-rupenye "tatakk" yang kabo dak yaya tadi bukan Kakak tapi Katak. Gampittt betei.. Mujur tak luruh jantung koi, kala dok tak dan koi jadi cekgu haha.

Bior laa ande menatang lain yang melompat dekat kaki koi tapi bukan katok... eiiiii mentidok laa kawannn wehhh. Naik bulu rome ahhh.

Monday, September 9, 2013

Bermotosikal ke tempat kerja. ayuhhhh!!!

Mencabar betul pekerjaan koi hari ni. Bertolak dari rumah nak ke Hospital pukul 6.30am, tengok meter minyak dah menandakan paras nazak. Bajet2 sempat laa henjut motor nak isi minyak dekat petronas industri tu, sekali sampai2 petronas belum bukak lagi daa.. Demn, palang meter dah melebihi kawasan merbahaya. Mengikut alat Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), stesen minyak yang terhampir adalah di Shell berhampiran bukit angin. Agak jauh lagi tu perjalanannya, dengan keadaan kapisiti minyak yang tidak berapa mengizinkan koi bertawakal je laa bawak motor ke sana.

Memang habis sopan dah koi bawak motor, sangat memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak berkuasa JPJ. Nak pulas habis karang takut sampai fly over Belengu koi dah menunjal motor. Memang berdebor debor laa jugak menanti saat minyak abis ni, pesen debor orang nak nikoh jugak. Masa terus berlalu, fly over ke belengu dah koi tempuhi, jalan raya masih lagi gelap, kelihatan beberapa kenderaan sahaja lalu lintas di jalanan. Kedinginan subuh sedikit pun tidak menjejaskan konsentrasi koi pada pemanduan separa laju di samping menanti saat terputusnya bekalan bahan api ke karburetor. Motor yamaha Lagenda standard kilang tanpa sebarang modifikasi koi masih lagi memerah baki petroleum yang tersisa di dalam tangki yang berkapasiti 4.5 liter tersebut.

Semasa motor koi sedang menyeberangi jambatan bypass Temerloh-Mentakab, tiba-tiba simptom-simptom nak habis minyak tu dah menampakan tandanya. Motor koi dah mula semput2 kejap. Koi dah mula gabra dan debor tak tentu hala, tapi masih berjaya mengawalkan kondisi pemanduan yang stabil dan berhemah. Dalam hati koi dah berkata-kata memang menunjal motor dengan berbaju formal laa kejap lagi kat tepi jalan ni gayenye. Tapi koi buat2 relaks je.. Koi bertawakal je laa sebab dah takde apa harapan dah lagi, lagipun stesen minyak dah tak berapa jauh dah, tapi kalau kena menunjal mahu krem jugak pangkal peha koi yang mengkal dah bergetah ni. Sudahnya koi bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir je atas motor, subhanallah wallahamdulillah walaailahaillah wallahuakbar atas motor. Subhanallah, walaupun perjalanan tu nampak macam mustahil je nak sampai ke stesen minyak namun motor koi akhirnya berjaya jugak sampai ke destinasi dan stesen minyak Shell tu jugak sedang beroperasi. Bersyukur sangat koi rasenye mase tu, tak perlu koi nak menempuhi pengalaman menunjal motor awal pagi. 

Tanpa banyak bicara terus koi keluar duit RM6.00 dan suruh macha tu on pam 5. "Gedeguk guk guk goit goit goittt" bunyi motor koi menelan minyak petrol dengan rakusnya tanda kehausan melampau. Sehingga titisan terakhir koi perah nozel pam petrol tu supaya tidak tersisa walau sedikit pun, kalau boleh koi lurut paip nozel tu memang koi dah lurut sampai ke pangkal nozel bagi keluor semua minyak2 yang tinggal. Baru berbaloi membeli minyak orang kabo. Dan anda tahu? dengan rm6.00 koi hanya berjaya mengisi sebanyak 2.85 liter sahaja tangki minyak motor Lagenda tersebut. Alhamdullillah, setelah setengah jam menempuh perjalanan yang mendebarkan akhirnya koi selamat sampai ke tempat kerja dengan disambut ceria oleh adik2 misi comel.

Okay balik kerja tadi koi sambung balik perjalanan dan pengembaraan koi dengan menempuh hujan panas pulak. Masih dengan berpakaian formal ala golongan kolar putih siap berkasut kulit dan melilit kain key/sapu tangan dimulut ala pemberontak jalanan, koi merempuh hujan, berjeruk basah macam biasa sehingga ke boxer yang paling dalam. Dan beginilah kehidupan koi sebagai seorang marhaen dan proletariat yang dipaksa bersyukur dengan nikmat dan keamanan hidup di tanah tumpahnya darahku, sementara golongan bangsawan/borjuis/aristokrat bersenang lenang menaiki mobil besar bertinted gelap dan berhawa dingin, jauh dari kepanasan dan basah hujan. 

Thursday, October 4, 2012

Tak tahu nak cerita ape

Dahulu semasa aku masih belajar di UiTM Puncak Perdana, boleh dikatakan setiap minggu aku henjut motor aku balik Mentakab sebab bosan takde apa aktiviti yang boleh dilakukan, dengan kondisi kampus Puncak Perdana itu sendiri yang terletak ceruk nun di pedalaman area U10 Shah Alam dan kurangnya tempat untuk beriadah (hanya ada satu padang street soccer dan dua padang badminton), aku jadi pana tak tahu nak buat apa. Hari-hari mengadap komputer bosan juga, nak ajak makwe berdating takde makwe pulak, jadi kesudahannya aku balik rumah sahaja, boleh juga lepak mengeteh dengan rodong-rodong (kawan) sambil layan bola sepak liga perdana Inggeris. 

Kebiasaannya aku akan bergerak balik ke Mentakab pada hari jumaat malam setelah selesai semua kelas, kuliah dan segala macam tugasan yang diberikan oleh pensyarah (kononnya haha). Aku memilih untuk menunggang motor pada waktu malam kerana keadaan cuaca yang dingin dan jalan tidak berapa nak sesak, jadi senang tugas aku untuk memecut di jalan raya haha. 

Jadi ada masanya dalam perjalanan pulang ke Mentakab tu aku terpaksa meredah segala macam jenis cuaca sub tropika, dan yang paling kerap adalah hujan lebat. Haaa ini bukan sedikit punya hujan ni, sampai nak terbang motor aku dibuatnya, siap dengan angin kencang lagi. Dah macam kapal lanun semasa musim tengkujuh, cuma tiada aksi menarik layar saja. Perjalanan dua jam ke Mentakab aku rasakan sekejap saja sebab telinga bersumbat dengan Mp3. Setakat baju basah lejut, sampai rumah pukul dua tiga pagi masa meredah angin sejuk memang takde hal laa, balik rumah mandi-mandi bammm terus terpukang atas tilam. Esok bangun steady boleh pergi jogging lagi dekat Tasik Chatin seround dua.

Tapi, malam kelmarin dah tak macam malam empat tahun lepas, aku balik ke Kajang gerak pukul dua belas tengah malam dari Mentakab. Dalam perjalanan hujan lebat sekejap dari Lanchang sampai ke Karak, sampai Kajang terus mandi and bammm tidur. Esok bangun badan rasa macam kena pijak dengan gajah, hidung leaking kepala pening... Adehhh, badan dah tak power macam dulu dahhhh... 

Wednesday, August 22, 2012

Tuesday, January 31, 2012

Semut dan Gula

Sejarah membuktikan bahawasanya semut memang tidak dapat dipisahkan dengan gula, ibarat Romeo dan Juliet, ibarat Aur dengan Tebing, ibarat Penendang dengan Bruce Lee. Mana hilangnya gula kalau tak dilarikan semut kan? Tetapi dalam kes gua ni lain sedikit. Gua hairan dengan semut-semut dekat rumah gua, diorang dah buang tebiat gamaknya. Air sirap ais bergula yang gua bancuh haram diorang peduli, gua lupa tutup bekas gula lepas bancuh sirap pun diorang buat dekkk je. Taaaaaapi, air kosong dalam jug atas meja makan rumah gua abis dihurungnya, bukan main saekor dua.. pesen panggil sekampung punya hurung. Pantang jumpa air kosong/air mati/ air masak kompem kena hurung dengan semut. Itu yang buat gua hairan tu, apakejadahnya dengan semut-semut dekat rumah gua ni? Dah hilang akal ke diorang ni, atau mungkin dah mengalami evolusi atau mutasi akibat daripada terhidu gas kentut gua hari-hari?

Gua sampai sekarang hairan memikirkan masalah ni. Segala macam sumber dah gua rujuk tapi tidak juga ketemu jawapannya, Lebai Google gua dah tanya, ahli zoologist gua dah email, Persatuan pengakap muda pun gua dah maklumkan hal permasalahan ini tapi masih lagi buntu. Ada juga gua cuba contact balik cikgu biologi masa sekolah menengah dulu tapi mengenangkan gua banyak tidur dalam kelas dia dan keputusan periksa pun kelaut jadi gua pendamkan sahaja hasrat tu.

Jadi macam mana sekarang ni? Gua tak hairan kalau semut-semut tu nak hurung air manis ke, benda-benda manis ke, kalau diorang kena penyakit kencing manis pun bukan gua yang kena tanggung bil hospital diorang kan. Tapi bila diorang dah start attack air masak dekat dapur gua yakni air paling basic dalam struktur piramid makanan, macam mana gua nak minum air, nak buat air sirap, mahupun nk buat cekodok kalau semua air masak dah penuh dengan semut-semut ni. Nak diminum jugak karang gua takut jadi pelupa macam Patrick dalam rancangan Spongebob Squarepant tu, nama sendiri pun dia tak ingat. Orang tua-tua kata minum/makan semut boleh jadi pelupa. Gua tak nak jadi pelupa, gua nak jadi cikgu sejarah.. Cikgu sejarah mana boleh lupa-lupa kan? haaa jadi macam mane sekarang ni, harus kah gua pelihara tenggliling dalam rumah gua untuk membasmi semut-semut nakal ni?




semut ni macam shin chan

Thursday, December 15, 2011

Surirumah dan Politik Semasa

Hari ni semangat surirumah gua membuak buak nak buat kerja rumah, dia punya feel lain macam, macam dapat ngorat Lisa Surihani. Pagi-pagi lagi gua dah basuh dan bilas kain, untuk menaikkan lagi feel membasuh kain tu gua buat kerja sambil sumbat mp3 dekat telinga, baru laa selari dan konsisten kerja yang gua buat tu orang kabo. Siap sidai kain bagai gua sambung pulak memasak dekat dapur, hari ni gua hentam menu kobis masak lemak sama ikan selar kuning goreng garing... Perghh ikan selar kuning goreng garing ni memang feveret gua laa, orang lain tak suka gua peduli hape kan. Dari kerja di dapur gua bawak ke kerja dalam bilik, ruang tamu rumah, sampai laa ke depan rumah habis gua sapu. Kalah bibik dari Indonesia gua punya kerja hari ni.

Usai semua kerja-kerja rumah gua, baru laa sampai masa gua nak melantak nasi pulak. Bila buat kerja kencang-kencang ni lapor dia lain macam jadinya, macam ada bela saka orang kabo. Tapi disebabkan gua ni bukan pesen kuat makan, jadi gua makan ala kadar sahaja, cukup laa dua pinggan nasi dengan enam ekor ikan goreng tadi diselang selikan dengan kobis masak lemak.. Perghhh sedap juga air tangan gua ni rupanya, dah boleh buat menantu orang kabo keh keh keh...

Jadi lepas makan kena laa basuh pinggan kan kalau tak nak kena pelangkung dengan Makcik Abu, karang bernanah pulak telinga gua kena bebel haha.. Tengah syok gua sental pinggan tu, datang laa dua ekor anak beranak kucing lalu belakang rumah gua. Macam biasa laa dia orang, paham-paham pulak gua dah habis makan. Untuk pengetahuan semua, belakang rumah gua memang banyak kucing-kucing jalan yang gua gelar sebagai Back Street Cat . Tapi kelibat dua ekor ni jarang gua tengok di kawasan-kawasan berhampiran. Semnejak dua menjak ni penampilan Farouk selaku abang kawasan lorong belakang rumah gua dah jarang gua nampak. Entah ke hidup entah ke mati dah Farouk tu, biasa laa kaki gaduh dan kaki rebut kawasan memang macam tu.

Untuk pengetahuan semua juga, kucing-kucing belakang rumah gua ni mempunyai satu sistem kepimpinan yang tersendiri yang gua gelar sebagai sistem Kepimpinan Melalui Sempadan. Sistem kepimpinan ini adalah sangat kontradiktif dengan Sistem Kepimpinan Melalui Teladan yang diperkenalkan di negara kita pada tahun 1983. Melalui sistem ini, kucing yang berkuasa akan menguasai sempadan-sempadan yang tertentu yang ditanda melalui rembesan air kencing beliau di tempat-tempat tumpuan utama perlepakan kucing-kucing. Patut laa sebelum ini gua tengok Farouk kencing merata, nak tanda kawasan rupanya. Kucing-kucing ini akan dipimpin oleh abang kawasan a.k.a Kekanda yang pada kebiasaannya mempunyai sifat autokratik dan menindas (macam Farouk laa)..

Berbalik kepada kucing belakang rumah gua tadi, bila dah datang memeow meow dekat tepi tingkap rumah gua tu, gua pun buka laa tudung saji tengok kot-kot ada lauk leftover semalam kan. Nak bagi ikan yang baru goreng tadi banyak pula cikadak dia. Jadi, dapat laa dua ketul kepala ikan selar seekor.

Cehh apa yang gua cerita ni, dari hal surirumah bawa ke pentadbiran politik kucing. Sebelum gua merapu lebih panjang baik gua berhenti dulu di sini, sambung main besi lagi syok rasanya.



Masing-masing dapat makan leftover, mereka patut bersyukur...





tak payah buat muka kesian nak mintak whiskis dengan gua laa





kepala ikan yang menjadi santapan beliau

Wednesday, November 23, 2011

Optimus Prime tu sebenarnya gua lah...

klik pada gambar untuk gambar penuh kemudian scroll...




|
V
|
V
|
V



|
V
|
V
|
V



|
V
|
V
|
V



|
V
|
V
|
V



|
V
|
V
|
V
|
V
|
V
|
V



Amacam, power tak gua jadi Transformers?

p/s: entah apa yang masuk dalam kepala hotak gua malam ni boleh muncul idea nak buat entri celaka macam ni... gambar atas tu gua ambil masa praktikal di Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Jengka, orang praktikal nak jadi pustakawan tapi gua praktikal jadi optimus prime hahahaha...





Tuesday, November 22, 2011

Gua dan Gol

Kalau cerita bab bola (bola lagi, mentang-mentang HM menang emas malam tadi) mesti ramai yang membayangkan pemain-pemain handalan seperti Lionel Messi, Cristiano Nonoldo dan Fakri Saari (handal ke?). Setiap kali perlawanan bola sepak, pemain-pemain seperti ini yang akan menjadi perhatian peminat-peminat ketika aksi di atas padang sedang rancak dipertandingkan. Tapi gua lain, gua berat ke tengok aksi penjaga gol ketika menyerap dan menepis segala asakan dari pihak lawan. Bagi gua, aksi-aksi sedemikian sangat lah awesome dan menarik berbanding menonton aksi Zarina Anjoulie di dada majalah FHM. Aksi-aksi seperti full strecth dive, acrobatic save, terbang-terbang boleh menaikkan nafsu bola gua ke tahap Mahadewa Kaio kalau kena dengan masanya.

Sebab itu juga lah setiap kali bermain futsal maka posisi yang biasa gua galas adalah penjaga gol. Gua mula berjinak-jinak dengan bidang penjagaan gol ni ketika lewat sekolah rendah lagi dan ketika itu gua masih ayam-ayam lagi dan baru setahun jagung dalam menguasi teknik-teknik yang seperti gua nyatakan di atas. Oleh sebab itu, banyak gol yang gua lepaskan begitu sahaja ibarat aksi pemain bola diberi rasuah. Namun itu tidak pernah mematahkan semangat juang gua dalam mempertahankan posisi penjaga gol yang memang tak ramai pun yang minat nak ambil alih, semua berat ke nak jadi penyerang atau striker sahaja sebab boleh main gentel sorang-sorang lepas tu skor gol, bagi saham naik depan makwe laa. Makwe-makwe masa sekolah dulu mana nak pandang pemain posisi penjaga gol ni.

Menjadi seorang penjaga gol bukan lah sekadar untuk melengkapkan sesebuah pasukan bola sepak itu, setiap posisi mempunyai peranan mereka tersendiri. hahh apakejadah yang gua merepek nak tulis macam ayat buku teks ni, sebelum gua merepek ala-ala buku teks Dewan Bahasa dan Pustaka elok gua berhenti dulu pergi masak nasik, karang bising mak gua dia balik kerja nasik tak masak lagi. challo bety..

Sebelum tu, ini ada link yang menceritakan sedikit sebanyak tentang penjaga-penjaga gol terhebat yang pernah Malaysia ada. Enjoice!!! MAS GoalKeeper credit to Chedinsphere


aksi yang sangat orgasming



Sunday, August 7, 2011

Diari Ramadhan 1

Ramai yang bersungut dan bersesungut bila banyak kerja kena buat di bulan puasa. kalau boleh mereka nak rehat sahaja di rumah sambil layan cerita hindustan Kuch Kuch Hotak Mu, yelah dah puasa kan... badan mesti penat kerana kekurangan tenaga dan bendalir dalam badan, itu belum cerita kekurang sabaran dek kerana kelapar perutan lagi.

Tapi gua bulan-bulan puasa ni lagi syok buat kerja sebenarnya. Gua perhatikan gua punya konsentrasi kerja serta produktiviti gua semakin meningkat pada bulan puasa ni. Duit pun boleh jimat, yelah gua berbuka puasa pun bajet keluar rm3 je. Murtabak sama roti john memang takde dalam menu berbuka gua bulan-bulan puasa ni, kalau ade orang bagi gua tibai je haha... Gua boleh kerja dari pagi bawak ke petang tanpa rasa sebarang penat, haus, lapar mahupun rasa nak mengawan. Dah laa banyak department yang gua kena cover, medical store, forensic, emergency...bahagian clinical lagi macam pediatric, ortho surgery, cardiology... perghh Hospital Serdang tu nasib laa sampai 6 tingkat je.



Ni laa selera gua bulan puasa ni... adat laa orang bujang, makan pun nasik bujang.. Alhamdulillah

Kesah Kasim Dan Bulan Puase

Kasim seorang muslim yang sehat tubuh badan dan waras akal fikiran serta sudah mencapai akil baligh orangnya, jadi apabila tiba sahaja bulan ramadhan wajib bagi seorang muslim seperti Kasim untuk berpuasa selama sebulan di bulan ramadhan yakni menahan dari lapar dan dahaga serta tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. 

Mahu tidak mahu Kasim wajib berpuasa pada bulan ramadhan bagi menunaikan rukun Islam yang ketiga tersebut. Bak kata ustaz Kasim semasa beliau di sekolah dahulu "tidak lengkap hidup seseorang muslim/muslimah itu jika dia tidak menunaikan rukun Islam yang wajib keatasnya". Maka berpuasalah Kasim pada 1 ramadhan 1432 Hijrah. Kasim bangun awal pada pagi 1 ramadhan tersebut untuk bersahur supaya dapat beliau menempuh hari keesokannya dengan penuh bertenaga, bak kata ustaz Kasim lagi adalah afdal untuk melewat lewatkan waktu sahur tersebut. Maka menurut pemahaman Kasim sendiri, selagi bilal tidak melaungkan azan maka selagi itu beliau boleh makan mengisi kekosongan perutnya untuk bekal di siang hari. Nasib sahaja bilal tidak ada berdekatan denganya kerana jika tidak, nescaya disuruhnya bilal itu menunggu beliau menghabiskan dulu hidangannya baru dibenarkan bilal azan. Punya lah takut Kasim akan ter"miss" waktu sahur tersebut.

Dan pada siang hari nya jadilah Kasim seperti manusia-manusia dan makhluk tuhan yang lain yakni menjalani kehidupan sebagai seorang manusia normal. Namun tatkala petang menjelang tiba, hati Kasim gusar, gundah gulana, bukan kerana apa tapi kerana waktu membeli lauk, juadah, dan hidangan untuk berbuka puasa di baazar ramadhan telah tiba. waktu inilah saat-saat yang sangat ditunggu oleh Kasim kerana selaku seorang bujang yang tinggal berjauhan dengan keluarga dan selalu ponteng kelas memasak dalam subjek Ekonomi Rumahtangga beliau terpaksa mengharap kepada gerai-gerai di baazar untuk mendapatkan bekalan berbuka puasa nanti.

Dari satu gerai ke satu gerai, dari hujung sini hingga ke hujung sebelah sana habis dijengah oleh Kasim, serba tak kena jadinya melihat bermacam-macam juadah yang dijual membuatkan Kasim rambang mata. Kalau diikutkan hati hendak saja dia borong semuanya, apa tidaknya setelah seharian menahan lapar dan dahaga jadi inilah masanya memenuhkan kembali perut yang kosong. Nafsu serakah Kasim tiada tertahan lagi melihat bermacam juadah yang terjual, mahu sahaja beliau telan semuanya sekali dengan penjual-penjual juadah tersebut, nafsu Kasim bukan sebarangan. Lalu dibelinya 3 ketul karipap sardin saiz mega, 2 ketul tauhu sumbat yang disumbar berbagai jenis sayur, seekor ikan kembung bakar, murtabak special Haji Seman 2 keping, nasi kukus ayam dara Wan Sentet dan air laichikang sebungkus. Maka berjabir jabir lah juadah yang Kasim beli untuk beliau berbuka nanti. Bak kata Kasim sendiri "puasa setahun sekali, masa inilah nak merasa bermacam jenis makanan yang dijual di baazar sampai puas"...

Fajar pun berlalu pergi menandakan masuknya waktu maghrib bagi kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya serta tibalah waktu untuk berbuka bagi umat Islam yang berpuasa. Segala juadah yang dibeli Kasim tadi terhidang di atas meja, membebel jugak beliau di dalam hati tatkala bilal terlewat sedikit melaungkan azan. Huuuu masa ni jangan dibuat main, silap haribulan bilal pun boleh di"ongbak"nya kerana tidak sabar lagi menahan lapar dan dahaga... astagfirullahhh... terdengar sahaja suara bilal di hujung corong pembesar maka tanpa memikir panjang, entah sempat bismillah ke tidak terus dicapainya segelas air laichikang yang dibelinya tadi... segelas, dua gelas, tiga gelas... baru Kasim puas, terpancar sinar kepuasan di muka Kasim. Tetapi itu belum cukup untuk memuaskan nafsu serakah Kasim yang serupa selera naga tasek chini tersebut. Dilahapnya pula nasik kukus ayam dara yang dibeli daripada Wan Sentet di baazar tadi, melompat-lompat ayam dara tersebut ditibai Kasim. Belum habis nasi kukus ayam dara, diratahnya pula murtabak special sekeping. Matanya masih melilau memandang hidangan di atas meja, karipap sardin dan tauhu sumbat disentap tanpa sebarang belas kasihan, dibilas pula sekali lagi dengan dua gelas air lachikang. Sudahnya Kasim terlentang kekenyang seperti ular sawa...

Jadi, apa kesudahan puasa encik Kasim ni? haha.. sandiwara di atas sengaja gua reka untuk menggambarkan keadaan ataupun kondisi umat Islam di Malaysia menyambut bulan ramadhan. Gua bukan apa, pelik tengok selera orang sekarang ni. Ala kadar sikit lah semasa berbuka tu, ini macam nak terbalik meja dengan segala macam juadah dan hidangan berbuka. Ingat sikit, segala macam penyakit datangnya dari perut. Masa puasa ni lah kita nak bagi rehat perut yang dah setahun asyik melakukan kerja pemprosesan "Peristalsis"... ingat tak penat ke, kalau boleh bercakap laa usus tu dah lama mencarut beliau dengan tuan punya badan. Gua berpesan kepada diri gua sendiri dan kawan-kawan semoga jagalah puasa masing-masing semoga diberkati Ilahi ye... Sekian Wassalam...



Kasim dengan kawan dia