Mencabar betul pekerjaan koi hari ni. Bertolak dari rumah nak ke Hospital pukul 6.30am, tengok meter minyak dah menandakan paras nazak. Bajet2 sempat laa henjut motor nak isi minyak dekat petronas industri tu, sekali sampai2 petronas belum bukak lagi daa.. Demn, palang meter dah melebihi kawasan merbahaya. Mengikut alat Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), stesen minyak yang terhampir adalah di Shell berhampiran bukit angin. Agak jauh lagi tu perjalanannya, dengan keadaan kapisiti minyak yang tidak berapa mengizinkan koi bertawakal je laa bawak motor ke sana.
Memang habis sopan dah koi bawak motor, sangat memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak berkuasa JPJ. Nak pulas habis karang takut sampai fly over Belengu koi dah menunjal motor. Memang berdebor debor laa jugak menanti saat minyak abis ni, pesen debor orang nak nikoh jugak. Masa terus berlalu, fly over ke belengu dah koi tempuhi, jalan raya masih lagi gelap, kelihatan beberapa kenderaan sahaja lalu lintas di jalanan. Kedinginan subuh sedikit pun tidak menjejaskan konsentrasi koi pada pemanduan separa laju di samping menanti saat terputusnya bekalan bahan api ke karburetor. Motor yamaha Lagenda standard kilang tanpa sebarang modifikasi koi masih lagi memerah baki petroleum yang tersisa di dalam tangki yang berkapasiti 4.5 liter tersebut.
Semasa motor koi sedang menyeberangi jambatan bypass Temerloh-Mentakab, tiba-tiba simptom-simptom nak habis minyak tu dah menampakan tandanya. Motor koi dah mula semput2 kejap. Koi dah mula gabra dan debor tak tentu hala, tapi masih berjaya mengawalkan kondisi pemanduan yang stabil dan berhemah. Dalam hati koi dah berkata-kata memang menunjal motor dengan berbaju formal laa kejap lagi kat tepi jalan ni gayenye. Tapi koi buat2 relaks je.. Koi bertawakal je laa sebab dah takde apa harapan dah lagi, lagipun stesen minyak dah tak berapa jauh dah, tapi kalau kena menunjal mahu krem jugak pangkal peha koi yang mengkal dah bergetah ni. Sudahnya koi bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir je atas motor, subhanallah wallahamdulillah walaailahaillah wallahuakbar atas motor. Subhanallah, walaupun perjalanan tu nampak macam mustahil je nak sampai ke stesen minyak namun motor koi akhirnya berjaya jugak sampai ke destinasi dan stesen minyak Shell tu jugak sedang beroperasi. Bersyukur sangat koi rasenye mase tu, tak perlu koi nak menempuhi pengalaman menunjal motor awal pagi.
Tanpa banyak bicara terus koi keluar duit RM6.00 dan suruh macha tu on pam 5. "Gedeguk guk guk goit goit goittt" bunyi motor koi menelan minyak petrol dengan rakusnya tanda kehausan melampau. Sehingga titisan terakhir koi perah nozel pam petrol tu supaya tidak tersisa walau sedikit pun, kalau boleh koi lurut paip nozel tu memang koi dah lurut sampai ke pangkal nozel bagi keluor semua minyak2 yang tinggal. Baru berbaloi membeli minyak orang kabo. Dan anda tahu? dengan rm6.00 koi hanya berjaya mengisi sebanyak 2.85 liter sahaja tangki minyak motor Lagenda tersebut. Alhamdullillah, setelah setengah jam menempuh perjalanan yang mendebarkan akhirnya koi selamat sampai ke tempat kerja dengan disambut ceria oleh adik2 misi comel.
Okay balik kerja tadi koi sambung balik perjalanan dan pengembaraan koi dengan menempuh hujan panas pulak. Masih dengan berpakaian formal ala golongan kolar putih siap berkasut kulit dan melilit kain key/sapu tangan dimulut ala pemberontak jalanan, koi merempuh hujan, berjeruk basah macam biasa sehingga ke boxer yang paling dalam. Dan beginilah kehidupan koi sebagai seorang marhaen dan proletariat yang dipaksa bersyukur dengan nikmat dan keamanan hidup di tanah tumpahnya darahku, sementara golongan bangsawan/borjuis/aristokrat bersenang lenang menaiki mobil besar bertinted gelap dan berhawa dingin, jauh dari kepanasan dan basah hujan.
No comments:
Post a Comment