Thursday, December 15, 2011

Surirumah dan Politik Semasa

Hari ni semangat surirumah gua membuak buak nak buat kerja rumah, dia punya feel lain macam, macam dapat ngorat Lisa Surihani. Pagi-pagi lagi gua dah basuh dan bilas kain, untuk menaikkan lagi feel membasuh kain tu gua buat kerja sambil sumbat mp3 dekat telinga, baru laa selari dan konsisten kerja yang gua buat tu orang kabo. Siap sidai kain bagai gua sambung pulak memasak dekat dapur, hari ni gua hentam menu kobis masak lemak sama ikan selar kuning goreng garing... Perghh ikan selar kuning goreng garing ni memang feveret gua laa, orang lain tak suka gua peduli hape kan. Dari kerja di dapur gua bawak ke kerja dalam bilik, ruang tamu rumah, sampai laa ke depan rumah habis gua sapu. Kalah bibik dari Indonesia gua punya kerja hari ni.

Usai semua kerja-kerja rumah gua, baru laa sampai masa gua nak melantak nasi pulak. Bila buat kerja kencang-kencang ni lapor dia lain macam jadinya, macam ada bela saka orang kabo. Tapi disebabkan gua ni bukan pesen kuat makan, jadi gua makan ala kadar sahaja, cukup laa dua pinggan nasi dengan enam ekor ikan goreng tadi diselang selikan dengan kobis masak lemak.. Perghhh sedap juga air tangan gua ni rupanya, dah boleh buat menantu orang kabo keh keh keh...

Jadi lepas makan kena laa basuh pinggan kan kalau tak nak kena pelangkung dengan Makcik Abu, karang bernanah pulak telinga gua kena bebel haha.. Tengah syok gua sental pinggan tu, datang laa dua ekor anak beranak kucing lalu belakang rumah gua. Macam biasa laa dia orang, paham-paham pulak gua dah habis makan. Untuk pengetahuan semua, belakang rumah gua memang banyak kucing-kucing jalan yang gua gelar sebagai Back Street Cat . Tapi kelibat dua ekor ni jarang gua tengok di kawasan-kawasan berhampiran. Semnejak dua menjak ni penampilan Farouk selaku abang kawasan lorong belakang rumah gua dah jarang gua nampak. Entah ke hidup entah ke mati dah Farouk tu, biasa laa kaki gaduh dan kaki rebut kawasan memang macam tu.

Untuk pengetahuan semua juga, kucing-kucing belakang rumah gua ni mempunyai satu sistem kepimpinan yang tersendiri yang gua gelar sebagai sistem Kepimpinan Melalui Sempadan. Sistem kepimpinan ini adalah sangat kontradiktif dengan Sistem Kepimpinan Melalui Teladan yang diperkenalkan di negara kita pada tahun 1983. Melalui sistem ini, kucing yang berkuasa akan menguasai sempadan-sempadan yang tertentu yang ditanda melalui rembesan air kencing beliau di tempat-tempat tumpuan utama perlepakan kucing-kucing. Patut laa sebelum ini gua tengok Farouk kencing merata, nak tanda kawasan rupanya. Kucing-kucing ini akan dipimpin oleh abang kawasan a.k.a Kekanda yang pada kebiasaannya mempunyai sifat autokratik dan menindas (macam Farouk laa)..

Berbalik kepada kucing belakang rumah gua tadi, bila dah datang memeow meow dekat tepi tingkap rumah gua tu, gua pun buka laa tudung saji tengok kot-kot ada lauk leftover semalam kan. Nak bagi ikan yang baru goreng tadi banyak pula cikadak dia. Jadi, dapat laa dua ketul kepala ikan selar seekor.

Cehh apa yang gua cerita ni, dari hal surirumah bawa ke pentadbiran politik kucing. Sebelum gua merapu lebih panjang baik gua berhenti dulu di sini, sambung main besi lagi syok rasanya.



Masing-masing dapat makan leftover, mereka patut bersyukur...





tak payah buat muka kesian nak mintak whiskis dengan gua laa





kepala ikan yang menjadi santapan beliau

Wednesday, November 23, 2011

Optimus Prime tu sebenarnya gua lah...

klik pada gambar untuk gambar penuh kemudian scroll...




|
V
|
V
|
V



|
V
|
V
|
V



|
V
|
V
|
V



|
V
|
V
|
V



|
V
|
V
|
V
|
V
|
V
|
V



Amacam, power tak gua jadi Transformers?

p/s: entah apa yang masuk dalam kepala hotak gua malam ni boleh muncul idea nak buat entri celaka macam ni... gambar atas tu gua ambil masa praktikal di Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Jengka, orang praktikal nak jadi pustakawan tapi gua praktikal jadi optimus prime hahahaha...





Tuesday, November 22, 2011

Gua dan Gol

Kalau cerita bab bola (bola lagi, mentang-mentang HM menang emas malam tadi) mesti ramai yang membayangkan pemain-pemain handalan seperti Lionel Messi, Cristiano Nonoldo dan Fakri Saari (handal ke?). Setiap kali perlawanan bola sepak, pemain-pemain seperti ini yang akan menjadi perhatian peminat-peminat ketika aksi di atas padang sedang rancak dipertandingkan. Tapi gua lain, gua berat ke tengok aksi penjaga gol ketika menyerap dan menepis segala asakan dari pihak lawan. Bagi gua, aksi-aksi sedemikian sangat lah awesome dan menarik berbanding menonton aksi Zarina Anjoulie di dada majalah FHM. Aksi-aksi seperti full strecth dive, acrobatic save, terbang-terbang boleh menaikkan nafsu bola gua ke tahap Mahadewa Kaio kalau kena dengan masanya.

Sebab itu juga lah setiap kali bermain futsal maka posisi yang biasa gua galas adalah penjaga gol. Gua mula berjinak-jinak dengan bidang penjagaan gol ni ketika lewat sekolah rendah lagi dan ketika itu gua masih ayam-ayam lagi dan baru setahun jagung dalam menguasi teknik-teknik yang seperti gua nyatakan di atas. Oleh sebab itu, banyak gol yang gua lepaskan begitu sahaja ibarat aksi pemain bola diberi rasuah. Namun itu tidak pernah mematahkan semangat juang gua dalam mempertahankan posisi penjaga gol yang memang tak ramai pun yang minat nak ambil alih, semua berat ke nak jadi penyerang atau striker sahaja sebab boleh main gentel sorang-sorang lepas tu skor gol, bagi saham naik depan makwe laa. Makwe-makwe masa sekolah dulu mana nak pandang pemain posisi penjaga gol ni.

Menjadi seorang penjaga gol bukan lah sekadar untuk melengkapkan sesebuah pasukan bola sepak itu, setiap posisi mempunyai peranan mereka tersendiri. hahh apakejadah yang gua merepek nak tulis macam ayat buku teks ni, sebelum gua merepek ala-ala buku teks Dewan Bahasa dan Pustaka elok gua berhenti dulu pergi masak nasik, karang bising mak gua dia balik kerja nasik tak masak lagi. challo bety..

Sebelum tu, ini ada link yang menceritakan sedikit sebanyak tentang penjaga-penjaga gol terhebat yang pernah Malaysia ada. Enjoice!!! MAS GoalKeeper credit to Chedinsphere


aksi yang sangat orgasming



Sunday, August 7, 2011

Diari Ramadhan 1

Ramai yang bersungut dan bersesungut bila banyak kerja kena buat di bulan puasa. kalau boleh mereka nak rehat sahaja di rumah sambil layan cerita hindustan Kuch Kuch Hotak Mu, yelah dah puasa kan... badan mesti penat kerana kekurangan tenaga dan bendalir dalam badan, itu belum cerita kekurang sabaran dek kerana kelapar perutan lagi.

Tapi gua bulan-bulan puasa ni lagi syok buat kerja sebenarnya. Gua perhatikan gua punya konsentrasi kerja serta produktiviti gua semakin meningkat pada bulan puasa ni. Duit pun boleh jimat, yelah gua berbuka puasa pun bajet keluar rm3 je. Murtabak sama roti john memang takde dalam menu berbuka gua bulan-bulan puasa ni, kalau ade orang bagi gua tibai je haha... Gua boleh kerja dari pagi bawak ke petang tanpa rasa sebarang penat, haus, lapar mahupun rasa nak mengawan. Dah laa banyak department yang gua kena cover, medical store, forensic, emergency...bahagian clinical lagi macam pediatric, ortho surgery, cardiology... perghh Hospital Serdang tu nasib laa sampai 6 tingkat je.



Ni laa selera gua bulan puasa ni... adat laa orang bujang, makan pun nasik bujang.. Alhamdulillah

Kesah Kasim Dan Bulan Puase

Kasim seorang muslim yang sehat tubuh badan dan waras akal fikiran serta sudah mencapai akil baligh orangnya, jadi apabila tiba sahaja bulan ramadhan wajib bagi seorang muslim seperti Kasim untuk berpuasa selama sebulan di bulan ramadhan yakni menahan dari lapar dan dahaga serta tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. 

Mahu tidak mahu Kasim wajib berpuasa pada bulan ramadhan bagi menunaikan rukun Islam yang ketiga tersebut. Bak kata ustaz Kasim semasa beliau di sekolah dahulu "tidak lengkap hidup seseorang muslim/muslimah itu jika dia tidak menunaikan rukun Islam yang wajib keatasnya". Maka berpuasalah Kasim pada 1 ramadhan 1432 Hijrah. Kasim bangun awal pada pagi 1 ramadhan tersebut untuk bersahur supaya dapat beliau menempuh hari keesokannya dengan penuh bertenaga, bak kata ustaz Kasim lagi adalah afdal untuk melewat lewatkan waktu sahur tersebut. Maka menurut pemahaman Kasim sendiri, selagi bilal tidak melaungkan azan maka selagi itu beliau boleh makan mengisi kekosongan perutnya untuk bekal di siang hari. Nasib sahaja bilal tidak ada berdekatan denganya kerana jika tidak, nescaya disuruhnya bilal itu menunggu beliau menghabiskan dulu hidangannya baru dibenarkan bilal azan. Punya lah takut Kasim akan ter"miss" waktu sahur tersebut.

Dan pada siang hari nya jadilah Kasim seperti manusia-manusia dan makhluk tuhan yang lain yakni menjalani kehidupan sebagai seorang manusia normal. Namun tatkala petang menjelang tiba, hati Kasim gusar, gundah gulana, bukan kerana apa tapi kerana waktu membeli lauk, juadah, dan hidangan untuk berbuka puasa di baazar ramadhan telah tiba. waktu inilah saat-saat yang sangat ditunggu oleh Kasim kerana selaku seorang bujang yang tinggal berjauhan dengan keluarga dan selalu ponteng kelas memasak dalam subjek Ekonomi Rumahtangga beliau terpaksa mengharap kepada gerai-gerai di baazar untuk mendapatkan bekalan berbuka puasa nanti.

Dari satu gerai ke satu gerai, dari hujung sini hingga ke hujung sebelah sana habis dijengah oleh Kasim, serba tak kena jadinya melihat bermacam-macam juadah yang dijual membuatkan Kasim rambang mata. Kalau diikutkan hati hendak saja dia borong semuanya, apa tidaknya setelah seharian menahan lapar dan dahaga jadi inilah masanya memenuhkan kembali perut yang kosong. Nafsu serakah Kasim tiada tertahan lagi melihat bermacam juadah yang terjual, mahu sahaja beliau telan semuanya sekali dengan penjual-penjual juadah tersebut, nafsu Kasim bukan sebarangan. Lalu dibelinya 3 ketul karipap sardin saiz mega, 2 ketul tauhu sumbat yang disumbar berbagai jenis sayur, seekor ikan kembung bakar, murtabak special Haji Seman 2 keping, nasi kukus ayam dara Wan Sentet dan air laichikang sebungkus. Maka berjabir jabir lah juadah yang Kasim beli untuk beliau berbuka nanti. Bak kata Kasim sendiri "puasa setahun sekali, masa inilah nak merasa bermacam jenis makanan yang dijual di baazar sampai puas"...

Fajar pun berlalu pergi menandakan masuknya waktu maghrib bagi kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya serta tibalah waktu untuk berbuka bagi umat Islam yang berpuasa. Segala juadah yang dibeli Kasim tadi terhidang di atas meja, membebel jugak beliau di dalam hati tatkala bilal terlewat sedikit melaungkan azan. Huuuu masa ni jangan dibuat main, silap haribulan bilal pun boleh di"ongbak"nya kerana tidak sabar lagi menahan lapar dan dahaga... astagfirullahhh... terdengar sahaja suara bilal di hujung corong pembesar maka tanpa memikir panjang, entah sempat bismillah ke tidak terus dicapainya segelas air laichikang yang dibelinya tadi... segelas, dua gelas, tiga gelas... baru Kasim puas, terpancar sinar kepuasan di muka Kasim. Tetapi itu belum cukup untuk memuaskan nafsu serakah Kasim yang serupa selera naga tasek chini tersebut. Dilahapnya pula nasik kukus ayam dara yang dibeli daripada Wan Sentet di baazar tadi, melompat-lompat ayam dara tersebut ditibai Kasim. Belum habis nasi kukus ayam dara, diratahnya pula murtabak special sekeping. Matanya masih melilau memandang hidangan di atas meja, karipap sardin dan tauhu sumbat disentap tanpa sebarang belas kasihan, dibilas pula sekali lagi dengan dua gelas air lachikang. Sudahnya Kasim terlentang kekenyang seperti ular sawa...

Jadi, apa kesudahan puasa encik Kasim ni? haha.. sandiwara di atas sengaja gua reka untuk menggambarkan keadaan ataupun kondisi umat Islam di Malaysia menyambut bulan ramadhan. Gua bukan apa, pelik tengok selera orang sekarang ni. Ala kadar sikit lah semasa berbuka tu, ini macam nak terbalik meja dengan segala macam juadah dan hidangan berbuka. Ingat sikit, segala macam penyakit datangnya dari perut. Masa puasa ni lah kita nak bagi rehat perut yang dah setahun asyik melakukan kerja pemprosesan "Peristalsis"... ingat tak penat ke, kalau boleh bercakap laa usus tu dah lama mencarut beliau dengan tuan punya badan. Gua berpesan kepada diri gua sendiri dan kawan-kawan semoga jagalah puasa masing-masing semoga diberkati Ilahi ye... Sekian Wassalam...



Kasim dengan kawan dia

Sunday, July 31, 2011

Hari-Hari Pagi Seorang Jantan Berkerjaya

Pernah tengok filem hollywood? pernah tengok scene-scene pegawai FBI atau detective masuk pejabat atau datang ke lokasi kejadian jenayah? Berjalan dengan lagak macho dan merentasi garisan polis atau melepasi kawalan keselamatan dengan sekadar menunjukkan kad kuasa sambil berlalu pergi... Macam tu laa gua tiap-tiap pagi sebelum masuk tempat kerja, setiap kali melintasi meja pakguard/makguard dengan muka berlagak gaya baru dapat ejas Lisa Surihani. Gua angkat ID card sambil berjalan tanpa memandang sipi pun makguard yang garang tu, sikit pun gua tak heran... Ada jugak gua perasan dua tiga orang nurse praktikal pandang-pandang gua macam nak ajak breakfast skali tapi gua buat dek je, bukan apa... Lisa Surihani gua nak letak mana nanti?

Sunday, May 8, 2011

Itu laa mak dah pesan...

Gua kelmarin buat kerja berfaedah pergi Kolumpo balik hari, gerak pukul 9malam, pukul 6pagi dah sampai rumah balik. gua memang suka buat pekerjaan macam tu, sampai rumah bukak pintu dah dapat kuliah suboh dari makcik abu (mak gua).. bukan apa, dia dah pesan suruh tidor je dekat mana-mana rumah sedara gua kat KL tu.

"apekejadohnye laa aok ni dengan tak tidonye merayap entoh kone, ngape tak tido je kat kolumpo tu esok baru balik."  mak gua dah start membebel..

haha gua sebenarnye bukan nk cerita pasal ceramah mak gua, memang dah hari-hari gua kena ceramah dengan makcik abu, sofistikated orangnya makcik abu ni kalau bab-bab menceramah anak-anak, kena pulak anak yang suka buat fe'el macam gua ni...haha.. (tak baik ye kawan-kawan buat mak korang susah hati, kena pulak di hari ibu ni hehe)

Ape yang gua nk cerita ialah gua mengalami satu pengalaman aneh semasa gua tengah sedap ronda-ronda dalam Pusat Bandaraya Kuala Lumpur tu. korang tau laa kan KL kalau malam ni macam-macam aktiviti ada. gua suka tengok banggunan bercahaya, tengok orang, tengok perangai orang, tengok orang buang tebiat dan seribu satu macam aktiviti yang ada di KL tu.

Daripada Bukit Bintang ke Jln Pramlee, gua masuk Jln Pasar, lepas tu ke Dataran Merdeka dan akhir sekali ke Brickfield. tapi yang gua heran, lepas gua gerak dari Brickfield nk menghala semula ke Pusat Bandar, entah macam mana kereta gua boleh sesat. kalau setakat sesat belakang lorong ke, sesat jalan sehala ke takpe lagi. ini sampai sesat ke satu kawasan perkuburan cina. tempat dah laa dalam hutan, semak samun tepi jalan, mencarut betul rasenye..

Hati gua rasa tak berapa nak sedap, gua on radio lepas tu kucar-kacir cari frekuensi IKIM. bajet-bajet malam macam ni radio IKIM ada pasang orang mengaji la nak buat sedap hati gua. sekali pulas punya pulas IKIM entah ke mana, orang mengaji entah kemana pesen nak memainkan gua jugak radio ni rasanya. cilakak betol.. nak tak nak gua kena mengaji sendiri. dalam keadaan darurat macam ni, dengan sibuk nak cari jalan keluarnya ayat kursi gua baca dekat lapan kali khatam, tu belum masuk al-fatihah sama tiga kul. tapi makhraj dengan hukum  tajwidnya tak payah cakap laa, berterabur gua rasa... habis segala simpang gua masuk, jalan macam tempat orang nak lempar mayat, sampah sarap penuh kat bahu jalan.

Dekat setengah jam jugak laa gua mundar mandir nak ke pangkal jalan, entah macam mana pusing punya pusing gua dah masuk satu kawasan perumahan laa lebih kurang, lepas tu depan sikit dah ada highway. Perghhh, gua punya girang lain macam sebab dah tak sesat... rasa nk tendang-tendang je radio kereta yang memainkan gua tadi biar padan muka dia... bila dah kembali ke pangkal jalan apelagi, gua pecut balik pahang terus laa..

Dalam perjalanan balik tu gua muhasabah diri, "tu laa taknak dengar cakap mak lagi"... cemas jugak laa gua merasa tidor tepi kubur cina malam tu haha... yang gua ingat, kubur cina tu dekat area Jalan Kerayong Aman sebab gua perasan papan tanda masa nak cari jalan keluar... Lu orang tau Jln Kerayong Aman dekat mana? Gua try google tak jumpa....Cilakak!!!

Tuesday, April 5, 2011

"Barang" dah sampai haha

Pagi tadi tengah sedap-sedap gua bilas kain dalam bilik air sambil berkemban, mak gua bertempik dari ruang tamu depan rumah panggil gua, katanya ada orang naik van datang cari gua. Gua hempas kain dalam baldi lepas tu ke dapur rumah gua capai apa yang patut. Tangan sebelah kanan pegang pisau potong daging tangan belah kiri pegang karipap. Debor jugak gua rasanya, setakat ni tak pernah lagi satu van serbu datang rumah gua, rasa macam dalam filem Young and Dangerous pun ada. Cilakak betul.

Gua jenguk celah pintu nampak van kaler putih park depan pintu pagar rumah. Debor gua makin kencang, dalam kepala tengah fikir strategi macam mana nak "makan" budak-budak dalam van tu, buatnya datang sepuluh orang puas jugak gua nak cedok sekor-sekor. Dengan hanya berkain tuala sebab baru lepas bilas kain dalam bilik air tadi gua pun keluar menampakkan diri.

"bang tolong sain dekat sini dan sini" kata drebar van putih tu selamba...

"Cilakak..budak courier Skynet rupanya, gua ingat samseng mana nak gegar gua pagi-pagi ni" carut gua dalam hati...

Muka gua jadi berubah ayu setelah melihat package yang ada pada tangan brader tersebut, hati berbunga bunga melur tanam tepi kolam gua cakap lu...



Nikon D90 yang gua order semalam dah sampai, jahanam duit gua dua riban...

Ilmu santet tuju alam

Semenjak kamera gua kena rembat itu hari, gua dah tak berapa in dengan scene fotografer lagi. Hati gua dah berat ke nak belajar ilmu hitam dan sains guna-guna sahaja ni. Lu orang tahu tak dekat mana nak menuntut ilmu tuju-tuju ni? gua nak kasi santet sikit mamat yang rembat barang gua dan pecah masuk rumah gua tu. Gua nak santet sampai dia tak pandai nak mengira, melukis, mengorat, berak, melakukan perkara-perkara asas harian dan menyambut hari raya bersama keluarga tersayang. Cilakak punya penyamun!!!

Tuesday, January 11, 2011

Anda pandu kereta atas jalan bukan dalam game Need For Speed!!!



Lu org hangin x kalo ade mamat/minah bawak kereta laju2 macam pelesit atas jalan raya? pesen kalo pedal minyak tu boleh tekan sampai cecah lantai jalan pun diorg nak tekan.. kereta kancil kecik cenonet dia nk henjut sampai 160km/j, sekali bersepah tepi jalan makan divider laa jawabnye... sape susah?

haa tapi yang gua nk cerita ni lain sket, gua jugak hangin dengan pemandu2 berhemah dan bersopan santun di jalan raya... haha salah ke mereka berhemah? tidakkkk, xsalah pun malah siap dipuji lagi oleh Menteri Kerja Raya... ingat lagi slogan "Biar Lambat Asal Selamat"? haa tapi yang menjadi kehanginan ua ni bila ada pemandu2 yang memandu pada kadar maksimum 30-40 km/j di jalan raya... orang dekat belakang ni dah laa nk cepat balik rumah, encik tahik dah nak terkincit, dia dekat depan boleh selambe berasmaradana dalam kereta... memang gaye gampang laa spiesis pemanduan mcm ni.. dah puas gua up high beam dia buat derkkk je, nak je gua tahan kereta tu lepas tu cabut kabereter dia dan hempas atas kepala hangguk dia bagi sedar sket org belakang ni dah xtahan nk terkincit...pesen xde kesedaran sivik betul... nak bercinta pergi ladang sawit laa weiiii...

Lagi satu, agak2 laa bai atas highway lu nk menten bawak kereta 60-70 km/j ... nak bawak pelan tu boleh tapi kena tengok keadaan jugak laa... kereta/lori/bus/kapal selam semua tengah sedap2 layan lap 100 km/j tiba2 nampak lu dekat depan tengah bersopan, karang silap aribulan lu makan divider gua cakap sama lu...

Lu nk bawak pelan2 boleh, time masuk taman perumahan orang memang lu wajib perlahan... jangan memain bai, xkan lu nak henjut 60 km/j jugak... sekali ada anak orang melintas ke, anak kucing ke, anak lipas ke xke dah melambung mereka2 itu ditibai kereta anda... jangan lu ingat lu dah pasang clipper BREMBO lu bleh brek mengejut berhenti terus, xde baiiii... silap haribulan cilpper BREMBO tu melekat atas dahi lu...

kesimpulannya berhati hati lah ketika memandu, pandu pakai kepala otak bukan pakai kepala lutut!!!