Friday, August 21, 2009

Orang cakap laaa...

biase org ckp,pejam celik...pejam celik da sebulan, da setahun...kenape aku pejam celik...pejam celik tapi xraye lagik...musykil betul...

Nak aku tangan kang anak orang...

Pakcik penyimpan mohor besar raje2 tu xsempat buat pengumuman tarikh puase lagi diorang dah sakan menyanyi lagu raye... woi puase dah ganti belum?

Wednesday, August 19, 2009

Arsenal 2 - 0 Celtic

malam semalam aku sanggup xtido semata-mata nak menonton perlawanan Champion league di antara team faveret aku, Arsenal menentang Celtic... aku memang xboleh miss game Arsenal ni even game friendly sekalipun, hehehe... malam tadi game agak menarik pada permulaannya,kedua-dua team agak seimbang pada permulaan perlawanan... Arsenal hampir menjaringkan gol seawal minit ke 10 tapi si arshavin tu offsaid laa pulak...dekat hujung2 separuh masa pertama tu Arsenal da banyak menguasai perlawanan, hantaran cantik dari fabregas telah mengucarkacirkan pertahanan Celtic... dan akhirnya pada minit ke 40, hasil tendangan percuma fabregas yg padu, gallas menyambung bola tersebut dan menjaringkan gol dengan menggunakan tulang belakang beliau...hahaha jarang dapat tengok gol mcm nih...eksotik dan fantastik...

Separuh masa kedua game agak seimbang, aku cukup puas hati dengan persembahan pertahanan tengah baru arsenal iaitu vermaelen...steady je die tackle sana sini, pastu rajin pulak naik ke atas untuk membantu bahagian serangan... xsia-sia pelaburan Arsenal sebanyak 10m utk beli kapten ajax ni... dan gol kedua arsenal muncul bermula dari gerakan diaby yg masuk menggantikan arshavin, diaby merampas bola dari pertahan celtic dan terus meluru ke arah kotak penalti, bola dihantar kepada clichy yg dpt melepas diri dari kawalan pemain celtic dan cuba membuat hantaran silang ke depan gol...heh dan malang buat celtic apabila kapten mereka sendiri meluru utk mengeluarkan bola tersebut tetapi terjahan beliau telah menyebabkan bola menerjah ke gawang sendiri... ape ke malang nasib caldwell malam tu...lepas je gol tu permainan sudah agak slow sikit..

huh ape pun aku puas hati dgn permainan arsenal malam tadi...harap2 arsenal kekalkan momentum dan menang banyak lagi...wooohoooo

Monday, August 17, 2009

Permulaan semester yang lembab...

sem ni bermula dengan penuh tragis dan saspen... mula dengan kejahanaman hardisk seagate aku yang menyebabkan kehilangan data2 penting seperti researh proposal aku dan yang paling penting semua koleksi MORNING MUSUME aku yang mencecah beratus ratus gigabyte tu lenyap macam tu je. Lepas tu rim sukan motor aku patah riuk hanya selepas 3 hari aku beli dekat kedai motor sentul... U aku pulak diserang virus H1N1 dan kami semua diberi cuti midsem awal sedangkan semester baru je dua minggu bermula...

harap2 lepas ni semua berjalan dengan lancar laa, cepat2 abis sem ni lepas tu boleh aku fikir macam mane nak pergi jepun pulak...hehe

Sunday, May 3, 2009

Giler ah ding dong...

dah rupe sakai koi kat kolej puncak perdane nih...
nunggu final paper dok sampei2, rase mcm lapan taun da koi kat sini..
berasap otok duk setadi jer memanjang (sebenornye maen PES 2009)...
balik mentekak esok tobat koi jadi anok dare pingitan...hahaha

Tuesday, April 14, 2009

Aiyakkk...

pundek, macam mane boleh lupe pulak paswerd Gmail aku nih...
sape yg letak semot dlm makanan aku ni sampai aku lupe jer memanjang nih...
aishhh.....

Friday, April 10, 2009

sindrom lebihan testosteron...

aku ade perasan sorang kawan aku ni da kene jangkitan sindrom nih... kalo bace kat post die ni bleh tau apebende sindrom nih...beliau da menunjukkan sifat kejantanannye...dah ramai yg berjangkit, kene pulak satu rumah...hee hee hee hee

Song for Palestin...

Jihad
by As Sahar

Esok awan akan bercerita
Kedudukannya di mercu
Yang sentiasa berubah
Amatilah dan tahu sendiri
Mengapa ada gejala
Mengapa reaksi amarah
Melaungkan intifada
Itu hak kita sesama

Zaman memakan zaman
Kehidupan kita tertindas
Tawarikh berganti tawarikh
Masih di takuk lama

Kalau dah yahudi itu yahudi juga
Busuk hati hasad dengki
Menjadi darah daging
Kau pandai bermuka, kaulah penipu
Agama apa? syaitan punya jalan
Nantilah tel aviv
Kau akn ditimpa bencana
Berkat kuasa tuhan yang esa
Hanya kepadanya sahaja kita berserah
Akan erti jihad kita

Kita ada di belakangmu
Palestin! palestin!
Kita bersama membasmi
Zionis! zionis!

Jihad!
Walau bergelumang sengsara
Walau bermandikan darah

p/s jangan ingat lagu metal ni puja setan jer....karut semua tu

Thursday, April 2, 2009

hell week!!!

kalau korang pernah tonton VCD tentang latihan asas komando US NAVY SEAL, diorang ada menjalani satu minggu latihan yang dipanggil "hell week".. dalam minggu ini, diorang dikenakan satu latihan kaw2 punya. antara yang diorang terpaksa buat ialah seperti berenang dengan tangan dan kaki diikat, berendam dalam lumpur selama satu hari, berlari dengan muatan berat dan berlumba untuk mendapatkan makanan, siapa lambat kirim salam laa.. serta bermacam2 lagi latihan berat yang tidak mampu dilakukan orang biasa seperti kita yang banyak membakar kalori dan tenaga...

itulah yang terjadi kepada aku pada ketika ini, walaupun aku tidak menempuhi segala latihan berat ala komando US NAVY SEAL tetapi minggu ini cukup menyeksakan bagi aku. dibebani kerja2 esaimen dan juga program kolej yang bakal berlangsung tidak lama lagi, menyiapkan kerja dr petang sambung ke pagi,sambung balik tengah hari lepas tu tertonggeng melepek atas katil. urusan kolej pulak, malam meeting sampai pukul 1 pagi, esoknya berambat ke pejabat berlari ke shah alam untuk menyelesaikan segala urusan permohonan dengan jabatan kesihatan dan lain2 urusan yang berkaitan. huh, sedar atau tidak aku sangat suka kan tekanan seperti ini. kerana segala kerja aku menjadi jika dibawah "tekanan". kalau buat kerja relaks2 jer confirm lapan tahun baru siap. lagi satu, kepuasan menyiapkan kerja tu sangat2 laa terasa. hahaha tak sabar nak tunggu abis minggu ni. boleh aku tumpu untuk final pulak. sem ni result kena cantek sket, kot2 ade rezeki boleh apply KPLI nanti....hehe bestnye jadi cikgu