Wednesday, August 19, 2009

Arsenal 2 - 0 Celtic

malam semalam aku sanggup xtido semata-mata nak menonton perlawanan Champion league di antara team faveret aku, Arsenal menentang Celtic... aku memang xboleh miss game Arsenal ni even game friendly sekalipun, hehehe... malam tadi game agak menarik pada permulaannya,kedua-dua team agak seimbang pada permulaan perlawanan... Arsenal hampir menjaringkan gol seawal minit ke 10 tapi si arshavin tu offsaid laa pulak...dekat hujung2 separuh masa pertama tu Arsenal da banyak menguasai perlawanan, hantaran cantik dari fabregas telah mengucarkacirkan pertahanan Celtic... dan akhirnya pada minit ke 40, hasil tendangan percuma fabregas yg padu, gallas menyambung bola tersebut dan menjaringkan gol dengan menggunakan tulang belakang beliau...hahaha jarang dapat tengok gol mcm nih...eksotik dan fantastik...

Separuh masa kedua game agak seimbang, aku cukup puas hati dengan persembahan pertahanan tengah baru arsenal iaitu vermaelen...steady je die tackle sana sini, pastu rajin pulak naik ke atas untuk membantu bahagian serangan... xsia-sia pelaburan Arsenal sebanyak 10m utk beli kapten ajax ni... dan gol kedua arsenal muncul bermula dari gerakan diaby yg masuk menggantikan arshavin, diaby merampas bola dari pertahan celtic dan terus meluru ke arah kotak penalti, bola dihantar kepada clichy yg dpt melepas diri dari kawalan pemain celtic dan cuba membuat hantaran silang ke depan gol...heh dan malang buat celtic apabila kapten mereka sendiri meluru utk mengeluarkan bola tersebut tetapi terjahan beliau telah menyebabkan bola menerjah ke gawang sendiri... ape ke malang nasib caldwell malam tu...lepas je gol tu permainan sudah agak slow sikit..

huh ape pun aku puas hati dgn permainan arsenal malam tadi...harap2 arsenal kekalkan momentum dan menang banyak lagi...wooohoooo

No comments: