Sebab itu juga lah setiap kali bermain futsal maka posisi yang biasa gua galas adalah penjaga gol. Gua mula berjinak-jinak dengan bidang penjagaan gol ni ketika lewat sekolah rendah lagi dan ketika itu gua masih ayam-ayam lagi dan baru setahun jagung dalam menguasi teknik-teknik yang seperti gua nyatakan di atas. Oleh sebab itu, banyak gol yang gua lepaskan begitu sahaja ibarat aksi pemain bola diberi rasuah. Namun itu tidak pernah mematahkan semangat juang gua dalam mempertahankan posisi penjaga gol yang memang tak ramai pun yang minat nak ambil alih, semua berat ke nak jadi penyerang atau striker sahaja sebab boleh main gentel sorang-sorang lepas tu skor gol, bagi saham naik depan makwe laa. Makwe-makwe masa sekolah dulu mana nak pandang pemain posisi penjaga gol ni.
Menjadi seorang penjaga gol bukan lah sekadar untuk melengkapkan sesebuah pasukan bola sepak itu, setiap posisi mempunyai peranan mereka tersendiri. hahh apakejadah yang gua merepek nak tulis macam ayat buku teks ni, sebelum gua merepek ala-ala buku teks Dewan Bahasa dan Pustaka elok gua berhenti dulu pergi masak nasik, karang bising mak gua dia balik kerja nasik tak masak lagi. challo bety..
Sebelum tu, ini ada link yang menceritakan sedikit sebanyak tentang penjaga-penjaga gol terhebat yang pernah Malaysia ada. Enjoice!!! MAS GoalKeeper credit to Chedinsphere
aksi yang sangat orgasming
2 comments:
so sekarang still main bola ke tak?
P/s:
Part masak nasik tu betul ke?
sekarang main futsal je, itu pun jarang2 sebab xcukup korum hehe... aihh betui laa, ari2 masak nasik tp kadang2 lupe tekan suis. jadi nasik xmasak hehehe
Post a Comment