Friday, April 16, 2010

Barbiturat punye Babi....

Tempoyok melihat jam di tangan, sudah masuk pukul dua setengah pagi. Mengenangkan esok mahu ke pekan Mentakab me'repair' Belalang Tempur nya, Tempoyok mengajak rodong2 nya iaitu Keri Semut, Zapey dan Cik Ye  pulang ke pangkal jalan. Ape gile melepak pagi2 buta sampai xingat dunia, ayam uwan beliau pun tahu nak balik reban tido.

Tempoyok perlahan memulas pendikit minyak Belalang Tempur nya meninggalkan gerai Edy tempat mereka lepak tadi. Perjalanan pulang ke rumah yang terletak di Mentakab agak sedikit lenggang tanpa gangguan mat2 rempit mahupun langsuir. Tanpa memikirkan mase depan Tempoyok memandu laju Belalang Tempur nya kerana ingin sampai awal ke rumah, bermacam macam perkara bermain di benak fikiran. Dua tiga lampu isyarat sudah dilanggarnya, teringat akan kata2 ustaz semasa di sekolah dahulu.

"Kamu kalau memandu tengah2 malam dan menempuh lampu isyarat semasa lampu merah, berhenti sekejap usyar line, kot2 ada kereta ke xpun polis ke...kalau line clear kamu jalan je, xusah buang mase tunggu lampu hijau. Ade mase peraturan ni kita boleh langgar je, yelah...peraturan buatan manusia kan..." nasehat ustaz penuh makna.

Setibanya Tempoyok di selekoh Kampung Tok Embun, kelihatan kelibat saekor binatang haram cuba untuk melintas jalan. Tempoyok yang sedang leka memandu belalang tempur nya terkejut dan mengambil inisiatif untuk menekan pedal brek. Dengan kelajuan 80 km/j dan berada di kawasan selekoh, agak sukar untuk Tempoyok memberhentikan belalang tempur nya waima memakai brek berjenama BREMBO sekalipun.

Namun begitu, inisiatif yang diambil oleh Tempoyok tidak berkadaran langsung dengan inisiatif yang diambil oleh binatang haram tersebut. Beliau (binatang haram tu laa) dengan selambe yaya sahaja melintas jalan tanpa memikirkan kesihatan sejagat. Hampir sahaja belalang tempur Tempoyok melanggar bahagian sisi bontot binatang haram tersebut. Kalau tidak, memang bersepah laa dia dan binatang haram itu di tepi jalan.

"Pundek betol" jerit Tempoyok separa marah.

Terus sahaja dia memberhentikan belalang tempur nya di tepi jalan lalu menumbuk numbuk divider jalan sebagai tanda protes terhadap tindakan binatang haram tersebut. Mahu sahaja rasanya dia bersilat dengan binatang haram itu.. "Tak pergi skoloh betoi" jeritnya di dalam hati... Namun begitu dia bersyukur kerana dirinya terselamat daripada sebarang kecilakaan jalan raya.

Dengan hati yang separa panas dan separa bersyukur, Tempoyok memandu belalang tempur nya pulang ke rumah sambil menyanyi riang lagu Raining Blood dendangan Slayer diselang selikan dengan lagu Aku Bukan Superman oleh Lucky Laki...


Lebih kurang mcm ni laa binatang haram jadah tu...

2 comments:

Arsene Wenger said...

sorry...trophyless again =(

madmal said...

hahaha.. kena samak lar jawapnya kalo ko terlanggar menatang tu.. huhu..