Sejarah membuktikan bahawasanya semut memang tidak dapat dipisahkan dengan gula, ibarat Romeo dan Juliet, ibarat Aur dengan Tebing, ibarat Penendang dengan Bruce Lee. Mana hilangnya gula kalau tak dilarikan semut kan? Tetapi dalam kes gua ni lain sedikit. Gua hairan dengan semut-semut dekat rumah gua, diorang dah buang tebiat gamaknya. Air sirap ais bergula yang gua bancuh haram diorang peduli, gua lupa tutup bekas gula lepas bancuh sirap pun diorang buat dekkk je. Taaaaaapi, air kosong dalam jug atas meja makan rumah gua abis dihurungnya, bukan main saekor dua.. pesen panggil sekampung punya hurung. Pantang jumpa air kosong/air mati/ air masak kompem kena hurung dengan semut. Itu yang buat gua hairan tu, apakejadahnya dengan semut-semut dekat rumah gua ni? Dah hilang akal ke diorang ni, atau mungkin dah mengalami evolusi atau mutasi akibat daripada terhidu gas kentut gua hari-hari?
Gua sampai sekarang hairan memikirkan masalah ni. Segala macam sumber dah gua rujuk tapi tidak juga ketemu jawapannya, Lebai Google gua dah tanya, ahli zoologist gua dah email, Persatuan pengakap muda pun gua dah maklumkan hal permasalahan ini tapi masih lagi buntu. Ada juga gua cuba contact balik cikgu biologi masa sekolah menengah dulu tapi mengenangkan gua banyak tidur dalam kelas dia dan keputusan periksa pun kelaut jadi gua pendamkan sahaja hasrat tu.
Jadi macam mana sekarang ni? Gua tak hairan kalau semut-semut tu nak hurung air manis ke, benda-benda manis ke, kalau diorang kena penyakit kencing manis pun bukan gua yang kena tanggung bil hospital diorang kan. Tapi bila diorang dah start attack air masak dekat dapur gua yakni air paling basic dalam struktur piramid makanan, macam mana gua nak minum air, nak buat air sirap, mahupun nk buat cekodok kalau semua air masak dah penuh dengan semut-semut ni. Nak diminum jugak karang gua takut jadi pelupa macam Patrick dalam rancangan Spongebob Squarepant tu, nama sendiri pun dia tak ingat. Orang tua-tua kata minum/makan semut boleh jadi pelupa. Gua tak nak jadi pelupa, gua nak jadi cikgu sejarah.. Cikgu sejarah mana boleh lupa-lupa kan? haaa jadi macam mane sekarang ni, harus kah gua pelihara tenggliling dalam rumah gua untuk membasmi semut-semut nakal ni?
semut ni macam shin chan
3 comments:
Sebab tu lah masokkan air masak yg dlm jug tu ke dlm botol.... baru x hinggap dek semot.... aok tau nk abeh kan air jek.... ngisi malehhh...
Apa kata kamu cuba tanya Pest Control punya orang?
Sebab tu kene buh air lam bekas bertutup rapat or botol yang ada penutup.
p/s: umah aku pon semut selalu masuk lam cerek letrik dan berenang-renang dalam air masak tu. sebab geram aku rebus semut tu baru buang air tu..
Koi agak simpati dengan permasalahan yang sedang aok hadapi sekarang ni... Bila kita berada dalam tahap kehausan yang paling teramat sekali... Air jernih tu la yang paling power sekali untuk diminum... Tapi kalo dah diharung sebegitu rupa macam mana pula dengan perasaan kita??? Takkan nak bunuh pula semut2 itu??? Takkan nak tggu air yang sedang dimasak sekali lagi??? Takkan pegi kedai semata-mata nak beli air 100 plus??? takkan............... Koi takleh la... dah teremosi sekarang ni... iskh3...
Post a Comment