Saturday, March 21, 2015

Penternakan ikan di kale mase lapang di choti skoloh.




Alhamdulillah, Selesai sudah kerja-kerja pemasangan akuarium yang bersaiz kolam renang olimpik yang telah lama koi idam-idamkan. Memang dari kenit lagi minat bela ikan ni sebenornye. Dulu sanggup ngayuh besiko dari Bukit Bendera ke Taman Rimba lalu ikut jalan sawit yang sekarang ni dah rate jadi StarMall Mentakab. Bayangkan bawok besiko nempuh ladang sawit, nempuh pokok getoh, nempuh kilang babi baru sampei ke destinasi nak beli ikan mas. Balik tu kejor dak anjing pulok. Memang adventure habis laa koi punye perjalanan tu, tapi mase tu apedehal kan. 

Okay berbalik kepada akuarium koi tadi, koi beli di Jalan Pasor Kolumpo nu. Lame dah koi usyar akuarium ni, dulu harge die RM168 untuk satu set lengkap, agak mahei pada koi pade ketika itu. Baru-baru ni mase singgoh sana koi saje laa usyar2 nengok ikan dengan akuarium, sekali die letok harge RM67 je untuk set akuarium yang sama. Ape lagi, koi pun sambor laa set berkenaan tanpa budi bicara... ehh tanpa banyak bicara, haa baru betui. Koi pun pulang ke kampung halaman dengan hati riang sebab dapat benda yang dah lame dihajati.

Setelah selesai memasang segala kelengkapan seperti penapis air, batu batan berwarna warni, lampu LED boleh menyelam, beberape pohon pokok tiruan maka koi pun bubuh laa air paip yang dicampurkan dengan beberapa titis penyah klorin bagi memberi suasana yang sama dengan iklim laut dalam lautan pasifik mahupun laut china selatan bagi memberi keselesaan kepada ikan yang bakal koi bela tu nanti. 

Selesai sahaja kerja-kerja pemasangan akuarium dijalankan, koi perlu melakukan sesi temuduga terbuka serta audition untuk memilih ikan-ikan yang sesuai untuk dibela di dalam akuarium koi ini. Temuduga ini dijalankan secara telus dan adil di mana sebarang unsur "kabel" dan surat sokongan dari menteri-menteri tidak akan dilayan sama sekali. Terdapat beberapa ciri dan kriteria yang telah koi tetapkan untuk memilih ikan-ikan tersebut di antaranya adalah bertanggungjawab, berbudi bahasa, hormat orang tua, kredit semua subjek SPM dan tiada rekod jenayah lampau. Setelah hampir seharian menjalankan sesi temuduga akhirnya koi telah berjaya memilih 3 bangse ikan yang bakal menyerikan akuarium koi itu nanti. Di antara ikan-ikan yang terpilih adalah ikan mas kembong, ikan gapi, dan ikan bandaraye kolumpo.

Maka setelah calon-calon berkenaan terpilih, koi pun bergegas ke Jalan Mok Hee Kiang Mentekak untuk membeli ikan-ikan berkenaan. Sampai sahaja di rumah terus koi lemporkan ikan berkenaan di dalam akuarium. Make berenang renang laa mereka kegembiraan menghuni rumah baru yang serba canggih dan berteknologi nano. Koi syak ikan-ikan ni berfahaman Anarchist dan Pacifist kerana mereka boleh hidup aman damai tanpa sebarang persengkataan dan peperangan, tanpa rasa prejudis perkauman mahupun tamak haloba berebut makanan yang koi beri setiap pagi dan malam. 

Ikan-ikan ini koi bela mengikut spesifikasi dan minat masyarakat setempat dan juga minat anok sedare koi, Muhammad Zarif Haiqal a.k.a Jareh yang sangat minat nengok menatang. Pantang nampok gambor menatang mesti nak tengok, siap ade bunyi tu yang tak tahannye. Setiap kali balik ke rumoh akinye Jareh akan menonong ke depan rumoh di mane terletaknye akuarium berkenaan. Oleh kerane Jareh masih bawah umur dan belum mumayyiz, koi terpakse letok akuarium berkenaan di tempat yang lebih tinggi sedikit. Bukan ape, koi risa meling-meling kang, sador-sador Jareh dah berenang-renang dalam akuarium berodong dengan ikan-ikan berkenaan. Maruuu kejenye ahh.

Dalam banyok-banyok ikan yang koi pelihare, Jareh paling minat ikan bandaraye kolumpo atau ikan cermin gelor dak orang sini. Kala koi dukung die bawok dekat akuarium tu, die akan cari dekat mane lepaknye ikan tersebut dan cube tonyoh-tonyoh cermin akuarium supaye ikan tersebut bergerak dan berenang renang. Lepas tu die gelok ngekek entoh bende kelakor koi tak tau.

Melihat akan kejayaan koi membele ikan-ikan ni, koi dah mule menanam cite-cite untuk membele ikan lain pulok nanti. Kala boleh nak try bela ikan jows, ikan paus biru dengan ikan duyung dan ternak secare komersial. Kot ande untung lebih boleh nikoh empat yer dok? keh keh keh...