Thursday, October 4, 2012

Tak tahu nak cerita ape

Dahulu semasa aku masih belajar di UiTM Puncak Perdana, boleh dikatakan setiap minggu aku henjut motor aku balik Mentakab sebab bosan takde apa aktiviti yang boleh dilakukan, dengan kondisi kampus Puncak Perdana itu sendiri yang terletak ceruk nun di pedalaman area U10 Shah Alam dan kurangnya tempat untuk beriadah (hanya ada satu padang street soccer dan dua padang badminton), aku jadi pana tak tahu nak buat apa. Hari-hari mengadap komputer bosan juga, nak ajak makwe berdating takde makwe pulak, jadi kesudahannya aku balik rumah sahaja, boleh juga lepak mengeteh dengan rodong-rodong (kawan) sambil layan bola sepak liga perdana Inggeris. 

Kebiasaannya aku akan bergerak balik ke Mentakab pada hari jumaat malam setelah selesai semua kelas, kuliah dan segala macam tugasan yang diberikan oleh pensyarah (kononnya haha). Aku memilih untuk menunggang motor pada waktu malam kerana keadaan cuaca yang dingin dan jalan tidak berapa nak sesak, jadi senang tugas aku untuk memecut di jalan raya haha. 

Jadi ada masanya dalam perjalanan pulang ke Mentakab tu aku terpaksa meredah segala macam jenis cuaca sub tropika, dan yang paling kerap adalah hujan lebat. Haaa ini bukan sedikit punya hujan ni, sampai nak terbang motor aku dibuatnya, siap dengan angin kencang lagi. Dah macam kapal lanun semasa musim tengkujuh, cuma tiada aksi menarik layar saja. Perjalanan dua jam ke Mentakab aku rasakan sekejap saja sebab telinga bersumbat dengan Mp3. Setakat baju basah lejut, sampai rumah pukul dua tiga pagi masa meredah angin sejuk memang takde hal laa, balik rumah mandi-mandi bammm terus terpukang atas tilam. Esok bangun steady boleh pergi jogging lagi dekat Tasik Chatin seround dua.

Tapi, malam kelmarin dah tak macam malam empat tahun lepas, aku balik ke Kajang gerak pukul dua belas tengah malam dari Mentakab. Dalam perjalanan hujan lebat sekejap dari Lanchang sampai ke Karak, sampai Kajang terus mandi and bammm tidur. Esok bangun badan rasa macam kena pijak dengan gajah, hidung leaking kepala pening... Adehhh, badan dah tak power macam dulu dahhhh... 

Wednesday, August 22, 2012

Tuesday, January 31, 2012

Semut dan Gula

Sejarah membuktikan bahawasanya semut memang tidak dapat dipisahkan dengan gula, ibarat Romeo dan Juliet, ibarat Aur dengan Tebing, ibarat Penendang dengan Bruce Lee. Mana hilangnya gula kalau tak dilarikan semut kan? Tetapi dalam kes gua ni lain sedikit. Gua hairan dengan semut-semut dekat rumah gua, diorang dah buang tebiat gamaknya. Air sirap ais bergula yang gua bancuh haram diorang peduli, gua lupa tutup bekas gula lepas bancuh sirap pun diorang buat dekkk je. Taaaaaapi, air kosong dalam jug atas meja makan rumah gua abis dihurungnya, bukan main saekor dua.. pesen panggil sekampung punya hurung. Pantang jumpa air kosong/air mati/ air masak kompem kena hurung dengan semut. Itu yang buat gua hairan tu, apakejadahnya dengan semut-semut dekat rumah gua ni? Dah hilang akal ke diorang ni, atau mungkin dah mengalami evolusi atau mutasi akibat daripada terhidu gas kentut gua hari-hari?

Gua sampai sekarang hairan memikirkan masalah ni. Segala macam sumber dah gua rujuk tapi tidak juga ketemu jawapannya, Lebai Google gua dah tanya, ahli zoologist gua dah email, Persatuan pengakap muda pun gua dah maklumkan hal permasalahan ini tapi masih lagi buntu. Ada juga gua cuba contact balik cikgu biologi masa sekolah menengah dulu tapi mengenangkan gua banyak tidur dalam kelas dia dan keputusan periksa pun kelaut jadi gua pendamkan sahaja hasrat tu.

Jadi macam mana sekarang ni? Gua tak hairan kalau semut-semut tu nak hurung air manis ke, benda-benda manis ke, kalau diorang kena penyakit kencing manis pun bukan gua yang kena tanggung bil hospital diorang kan. Tapi bila diorang dah start attack air masak dekat dapur gua yakni air paling basic dalam struktur piramid makanan, macam mana gua nak minum air, nak buat air sirap, mahupun nk buat cekodok kalau semua air masak dah penuh dengan semut-semut ni. Nak diminum jugak karang gua takut jadi pelupa macam Patrick dalam rancangan Spongebob Squarepant tu, nama sendiri pun dia tak ingat. Orang tua-tua kata minum/makan semut boleh jadi pelupa. Gua tak nak jadi pelupa, gua nak jadi cikgu sejarah.. Cikgu sejarah mana boleh lupa-lupa kan? haaa jadi macam mane sekarang ni, harus kah gua pelihara tenggliling dalam rumah gua untuk membasmi semut-semut nakal ni?




semut ni macam shin chan