Tuesday, April 5, 2011

"Barang" dah sampai haha

Pagi tadi tengah sedap-sedap gua bilas kain dalam bilik air sambil berkemban, mak gua bertempik dari ruang tamu depan rumah panggil gua, katanya ada orang naik van datang cari gua. Gua hempas kain dalam baldi lepas tu ke dapur rumah gua capai apa yang patut. Tangan sebelah kanan pegang pisau potong daging tangan belah kiri pegang karipap. Debor jugak gua rasanya, setakat ni tak pernah lagi satu van serbu datang rumah gua, rasa macam dalam filem Young and Dangerous pun ada. Cilakak betul.

Gua jenguk celah pintu nampak van kaler putih park depan pintu pagar rumah. Debor gua makin kencang, dalam kepala tengah fikir strategi macam mana nak "makan" budak-budak dalam van tu, buatnya datang sepuluh orang puas jugak gua nak cedok sekor-sekor. Dengan hanya berkain tuala sebab baru lepas bilas kain dalam bilik air tadi gua pun keluar menampakkan diri.

"bang tolong sain dekat sini dan sini" kata drebar van putih tu selamba...

"Cilakak..budak courier Skynet rupanya, gua ingat samseng mana nak gegar gua pagi-pagi ni" carut gua dalam hati...

Muka gua jadi berubah ayu setelah melihat package yang ada pada tangan brader tersebut, hati berbunga bunga melur tanam tepi kolam gua cakap lu...



Nikon D90 yang gua order semalam dah sampai, jahanam duit gua dua riban...

Ilmu santet tuju alam

Semenjak kamera gua kena rembat itu hari, gua dah tak berapa in dengan scene fotografer lagi. Hati gua dah berat ke nak belajar ilmu hitam dan sains guna-guna sahaja ni. Lu orang tahu tak dekat mana nak menuntut ilmu tuju-tuju ni? gua nak kasi santet sikit mamat yang rembat barang gua dan pecah masuk rumah gua tu. Gua nak santet sampai dia tak pandai nak mengira, melukis, mengorat, berak, melakukan perkara-perkara asas harian dan menyambut hari raya bersama keluarga tersayang. Cilakak punya penyamun!!!