Semenjak kamera gua kena rembat itu hari, gua dah tak berapa in dengan scene fotografer lagi. Hati gua dah berat ke nak belajar ilmu hitam dan sains guna-guna sahaja ni. Lu orang tahu tak dekat mana nak menuntut ilmu tuju-tuju ni? gua nak kasi santet sikit mamat yang rembat barang gua dan pecah masuk rumah gua tu. Gua nak santet sampai dia tak pandai nak mengira, melukis, mengorat, berak, melakukan perkara-perkara asas harian dan menyambut hari raya bersama keluarga tersayang. Cilakak punya penyamun!!!
4 comments:
kesian.
kalo dah jumpa mamat pecah rumah tu,jom kita sama2 pecahkan muka dia pulak.
ok?
okay set... gua da jumpe team mate haha
yeah~
hahahaha..santet smpai cacat je bro..
benci pencuri!!
Post a Comment