Pagi tadi tengah sedap-sedap gua bilas kain dalam bilik air sambil berkemban, mak gua bertempik dari ruang tamu depan rumah panggil gua, katanya ada orang naik van datang cari gua. Gua hempas kain dalam baldi lepas tu ke dapur rumah gua capai apa yang patut. Tangan sebelah kanan pegang pisau potong daging tangan belah kiri pegang karipap. Debor jugak gua rasanya, setakat ni tak pernah lagi satu van serbu datang rumah gua, rasa macam dalam filem Young and Dangerous pun ada. Cilakak betul.
Gua jenguk celah pintu nampak van kaler putih park depan pintu pagar rumah. Debor gua makin kencang, dalam kepala tengah fikir strategi macam mana nak "makan" budak-budak dalam van tu, buatnya datang sepuluh orang puas jugak gua nak cedok sekor-sekor. Dengan hanya berkain tuala sebab baru lepas bilas kain dalam bilik air tadi gua pun keluar menampakkan diri.
"bang tolong sain dekat sini dan sini" kata drebar van putih tu selamba...
"Cilakak..budak courier Skynet rupanya, gua ingat samseng mana nak gegar gua pagi-pagi ni" carut gua dalam hati...
Muka gua jadi berubah ayu setelah melihat package yang ada pada tangan brader tersebut, hati berbunga bunga melur tanam tepi kolam gua cakap lu...
Nikon D90 yang gua order semalam dah sampai, jahanam duit gua dua riban...
6 comments:
Gila best!
Sila jaga kamera anda dengan baik ye!
Harap takde orang nak rembat lagi. *sigh~
ni barang baru ke barang seken? skali ngan lens ka?
tangkap pin i nnt
bestnya zul.. brape harga ni? aku ada cadangan gak nak beli, tapi tak tahu la nak pilih model mana.. huhu.. tolong aku leh?? -aei (is223)-
bestnya.. aku nak gak.. tapi tak tahu nak beli yg mana??
anaqi: hehe baekkk...
wenkhadi: ni brg seken je, body shj lens beli lain
bang bil: berrrehhhh
aie: haha ko pm je dlm fesbuk nanti aku tolong ejaskan
Post a Comment